Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa 18 Disember lalu di lebuh raya yang sesak di ibu kota, pemandu terbabit bergerak perlahan-lahan ke depan.
Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal menyelit di ruang hadapannya. Pemandu itu terkejut dan tidak sempat memberhentikan keretanya menyebabkan berlaku perlanggaran kecil.
It is always the fault of other people or other factor— s h a h r i m (@shahrimtamrin) December 21, 2018
It is never the bikers fault in Malaysia
Bikers in #Malaysia are the untouchables #roadsafety pic.twitter.com/ZJB793aAg0
Kejadian itu membuatkan penunggang motosikal terbabit berang dan menyalahkan pemandu berkenaan. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turun dari motosikal dan mula menyalahkan dan memarahi pemandu kereta.
Pemandu: "Sorry bang. Sorry eh. Sorry bang, saya tak nampak."
Penunggang: "Kau langgar-langgar orang, kau minta maaf. Kau langgar-langgar orang, kau minta maaf. Itu je yang kau tahu? Bini aku mengandung! Perempuan! Kau pandang depan lah!!!! Kau langgar orang, sorry. Kau langgar orang, sorry. Itu je yang kau tahu!"
Video itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan netizen pula berpendapat bahawa pemandu terbabit tidak bersalah dalam kejadian itu, sebaliknya penunggang itu yang menyelit secara melulu.
"Patutnya maki balik, nak bertumbuk silakan je lah. Kita dah jalan dulu, siapa suruh menyelit. Bini kau mengandung? Okey. Bini kau perempuan? Bini orang lain pun perempuan aku rasa. LOL!. This kind of people deserve a punch on their face." - @shahidshamsul.
Patut maki balik, nak bertumbuk silakan je lah. Kita dah jalan dulu, siapa suruh menyelit. Bini kau mengandung? Okey. Bini kau perempuan? Bini orang lain pun perempuan aku rasa. Lol this kind of people deserve a punch on their face.— Mad (@shahidshamsul) December 21, 2018
"Betul sangat bro. Kadang-kadang yang naik motor suka menyelit macam ni, otak kat lutut. Bini orang lain mengandung juga, tapi tak bodoh macam ni." - @waanizailani.
"Dia tahu dia salah, so daripada kena maki dengna brader tu, dia turun maki brader tu dulu supaya brader tu takut dan end up dia blah. Manusia yang bersalah memang selalu cenggitu." - @najiehamzln.
Bawak bini ngandung pn bwak mcm haram lgi.aku sbgai rider pn malu woi.dh tw risiko xyah laa menyelit.seb bek brader nek kreta ni baik.bodoh— MUHAMMAD ADIB (@namasayaadib) December 21, 2018
"Dah langgar, mestilah cakap minta maaf. Brader tu expect apa? Nasi goreng? Ke expect kena pukul?" - @jojotalib.
Pantang ada ruang, nk nyelit je..signal x reti bg. Aku naik motor, tp beringat. Biar la org ckp noob ke apa.— bilanakkurusni (@oneshahril) December 21, 2018
Rata-rata netizen bersetuju bahawa pemandu berkenaan tidak bersalah dalam kejadian ini. Sebalik sikap penunggang motosikal terbabit yang menyelit secara tiba-tiba dan merisiko keselamatan diri dan juga isterinya yang mengandung.
from The Reporter http://bit.ly/2EJlHkP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2T3aHBJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment