Aneeta, ibu Russell, memfailkan saman terhadap Epic Games dan Take Two Interactive, yang merupakan pemilik permainan Fortnite dan NBA 2k, bagi pihak anaknya kerana dia di bawah usia 18 tahun.
Berdasarkan tuntutan saman itu, dua permainan video terbabit menggunakan gaya tarian itu untuk mengaut keuntungan dari pelanggan mereka.
Di bawah undang-undang hakcipta Amerika Syarikat, gaya tarian seseorang individu adalah dilindungi sekiranya tarian itu sememangnya tulen dan telah direkodkan dalam pemiliknya dalam bentuk video.
Dalam kes ini, pemain Fortnite boleh membeli gaya tarian Russell itu yang digelar sebagai The Floos atau memenanginya sebagai ganjaran apabila pemain mencapai peringkat-peringkat tertentu dalam Season 2 Battle Royale.
Difahamkan, ini adalah saman ketiga yang difailkan oleh orang awam terhadap dua syarikat berkenaan.
Terdahulu, penyanyi rap, Rapper 2 Milly mendakwa gaya tariannya, 'the Milly Rock' telah digunakan dalam Fortnite tanpa keizinan.
Pelakon, Alfonso Ribeiro, juga mengambil tindakan memfailkan saman terhadap dua syarikat itu yang menggunakan tariannya 'Carlton dance' yang membuatkannya terkenal apabila membintangi The Fresh Prince of Bel Air.
from The Reporter https://ift.tt/2PJSirK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GtJp6m
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment