Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa, tempat dan tarikh itu, dua lelaki terbabit yang dipercayai berusia pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dicekup dalam keadaan tidak memakai baju dan hanya memakai boxer.
Kedua-duanya kemudian segera memakai pakaian sebelum sekumpulan lelaki terbabit meminta mereka keluar dari kereta. Lelaki yang duduk di bahagian penumpang hadapan keluar dan secara tiba-tiba rambutnya ditarik sehingga terjatuh lalu dibelasah kumpulan berkenaan.
Tidak ketinggalan, pasangannya juga ditampar dan disepak di bahagian muka bertubi-tubi. Pasangan itu kemudian meminta maaf dan merayu agar tidak dipukul tetapi tidak diendahkan serta terus dibelasah.
Setelah puas membelasah, kumpulan itu kemudian meminta kad pengenalan dua lelaki terbabit.
Setelah puas membelasah, kumpulan itu kemudian meminta kad pengenalan dua lelaki terbabit.
Pasangan gay kena cekup lepastu on the spot kena rembat. Agak-agak la sikit bang. Bukan backup gay tu, but i’m all against violence. pic.twitter.com/SkPcmCfUdx— Anaz. (@annazrulan) December 27, 2018
Dalam keadaan mulut yang sudah berdarah, lelaki terbabit memberitahu dia tidak membawa kad pengenalannya pada waktu itu.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan sekumpulan lelaki terbabit yang mengambil tindakan sendiri sehingga mencederakan dua mangsa berkenaan.
"Sebab dia acah suci. Acah nampak gay people, terus memekak neraka semua, rasa diri dah tempah syurga. Balik rumah mesej makwe tanya spende warna apa gak. Tengok bawah sikit juga." - @lhloqman.
"It is not a right way. Islam ajar kita untuk pulihkan seseorang, sedangkan Nabi pun pernah disakiti apa semua tetapi dia tak pukul balik. Dia doakan dan bimbing seseorang itu." - @aryfhmzn_
"Tahanan aku ada lesbian, buat benda tak senonoh dalam sel. Aku marahlah juga. Tapi marah aku, mandikan diorang dengan air sirap saja. Itu pun aku dah rasa macam kejam. Ini siap terajang dah kenapa? Ni emosi lebih, nampak sangat cara mereka tak ada niat langsung nak mengajar. Ni tunjuk gangster lebih." - @izxfrh
just bagi dekat polis je doh , korang buat macam ni lagi la orang pandang yang islam ni kasar and non muslim dah tak tertarik dengan orang islam . just my opinionn hehe— Pwincess 🌸 (@EyaAzmi) December 27, 2018
perlu ke sampai nak belasah? I mean at least tanya elok elok boleh kot. ye memang apa yg dia buat tu berdosa besar, tapi still boleh ditegur. kalau dah ditegur pon still melawan ke ape ke yela lantaklah kau nak pkul ke ape. aish— hans. (@haneshahira) December 27, 2018
Tak ingat tuhan konon. Yang kau ni pukul anak orang macam tak ingat tuhan tak ada agama nak kita macam mana? Kita ada pusat pemulihan kot. Tak salah pun kau nak bawa diorang leklok. Agama kita tak ada kasar macam ni. Lepastu dosa rekod nak judge macam mana ni?— E (@eswrhm) December 27, 2018
Rata-rata netizen menegaskan mereka bukan mahu mempertahankan kesalahan dua lelaki terbabit, tetapi mengecam tindakan sekumpulan lelaki itu melampau. Mereka sepatutnya menyerahkan pasangan songsang itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, bukannya mengambil keputusan untuk melaksanakan hukuman sendiri.
from The Reporter http://bit.ly/2LB58Ip
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2QP3U21
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment