Sekurang-kurangnya 30 peket dadah minuman pelbagai jenama ‘pelik’ berjaya dikenal pasti polis berada di pasaran dan menjadi kegilaan penagih dadah.
Kebanyakan peket minuman itu diisi dengan kandungan serbuk dadah oleh sindiket dadah tempatan sebelum diedarkan kepada pelanggan terutama di pusat hiburan dan karaoke.
Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, semalam, menyenaraikan 30 produk minuman yang dikenal pasti diubahsuai ‘cef’ dadah tempatan dengan dimasukkan kandungan dadah di dalamnya.
- Detox Hi-Fibre Mango
- Mango
- Premium Tongkat Ali Coffee V3 Cool
- Menara Eiffel Tower
- Hello Kitty
- Rama-Rama
- Hicomi
- My Cafe
- Ribena Blackcurrant Fruit Juice
- Iced Lemon Tea
- Long Jing Green Tea
- Fuit Powder Drinks
- Premium Quality Vitamin C - Lamborghini
- V-Cool
- Cadbury Hot Chocolate
- Apache Ice Cool
- Lime Juice
- Magic Chew Mango
- Ejuss Ginseng
- Evo_X
- Essenso/Milo/Coffee
- Utix
- Green Whita Coffee
- Coffee Mix
- Boh Iced Tea
- Green Apple Powder
- Ice-Blended Milkshake
- Paket yang tertera logo pepatung atau kuda
- Incomix Lemon Tea
- Barley Fruit Flavoured Powder
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, setakat ini pihaknya mendapati produk minuman itu kerap ditemui digunakan oleh remaja yang terbabit dalam aktiviti sosial di premis hiburan atau parti liar.
Menurutnya, sindiket semakin gemar menggunakan modus operandi menjual dadah dalam peket minuman sebagai taktik baru berikutan ia mudah dipasarkan.
“Sindiket yakin taktik ini mampu meningkatkan jualan mereka selain mencari sasaran baru kumpulan sasaran yang akan menjadi pelanggan tetap dadah dipasarkan.
“Sehubungan itu, kami (JSJN) memandang serius kegiatan dan aktiviti seumpama ini yang dirasakan semakin membimbangkan. Polis amat mengalu-alukan sebarang maklumat pengedaran dadah berkenaan,” katanya.
Mohmad berkata, hasil pemeriksaan dan serbuan dijalankan, kebanyakan penagih yang terbabit dengan gejala dadah peket serta dadah sintetik lain adalah golongan remaja.
Beliau berkata, pihaknya akan bertindak secara menyeluruh dalam usaha melumpuhkan sebarang elemen pengedaran dan pengambilan dadah untuk aktiviti tidak bermoral terutama dalam premis hiburan dan parti liar yang kerap diadakan di kediaman mewah terutama hotel, residensi dan kondominium.
Sumber: Harian Metro, NST
Sumber: Harian Metro, NST
from The Reporter https://ift.tt/2vaosFg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vsftyM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment