loading...

Monday, 20 August 2018

'Sebulan kerja 4 kali, gaji RM6,000' - Pelajar sekolah tergamam ditawarkan kerja jadi Pelayan VIP


Viral di media sosial seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) ditawarkan perkerjaan separuh masa dari seorang invidiu yang menjanjikan hasil lumayan. 

Lelaki bernama Azlan itu menghubungi remaja berkenaan, Mimie Mieza, 17, di Facebook dan menawarkan kerja separuh masa yang memberi pulangan RM6,000 sebulan dan hanya bekerja 4 kali sebulan.

Berdasarkan perkongsian screenshot perbualan mereka di Facebook Messenger, Mimie pada awalnya menyangka lelaki itu menawarkan kerja yang normal. Namun tidak semena-mena dia diminta untuk melayan golongan VIP yang mahukan perkhidmatan seks. 

Menurut Azlan, setiap seorang pelanggan, Mimie akan diberi bayaran RM1,500 dan lokasi untuk melakukan aktiviti tidak bermoral itu di sebuah hotel pada hari cuti di waktu malam dalam tempoh 2-3 jam. 

Mimie yang dipercayai sudah mula mengetahui niat tidak baik lelaki itu kemudian cuba mempermainkannya dan berpura-pura kononnya menyangka kerja yang diberi itu berkaitan dengan aktiviti mencabut uban atau mengurut. 

Azlan menegaskan pelanggannya bukan orang tua, sebaliknya dari golongan berusia bawah 30 tahun di mana pelayan perlu melayani kehendak dan nafsu golongan VIP itu. 

Dalam screenshot itu juga menunjukkan Azlan menyasarkan mangsa dari golongan pelajar institut pengajian tinggi awam di Johor. 






























Perbualan mereka berakhir selepas Mimie memberikan gambar Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lelaki itu juga difahamkan telah menyahaktifkan akaun Facebooknya. 

Golongan remaja dan belia dinasihatkan tidak mudah terperdaya dengan golongan bertuhankan duit ini yang boleh membinasakan masa depan anda. Laporkan kepada pihak polis jika ada individu seperti ini cuba mendekati anda.


from The Reporter https://ift.tt/2nQMK34
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MpY8Sf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...