loading...

Friday, 24 August 2018

Bayi alami pendarahan dalam otak dan mata kini koma, pengasuh ditahan


Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) kerana mengalami pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Seremban, Isnin lalu, lapor Harian Metro

Zura Emilia Mokhtar, 26, bertaka, anaknya Muhammad Ummar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz baru seminggu dihantar ke rumah pengasuh yang dikenalinya melalui laman Facebook. 

"Isnin lalu saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak saya tidak sedarkan diri. Saya dan suami segera mengambil anak dan menghantar ke HTJ untuk rawatan dengan segera. 


"Keesokan harinya, anak kami dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) apabila keadaannya tidak bertambah baik. 

"Doktor memberitahu, dia mengalami pendarahan dalam otak serta mata dan kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan," katanya. 

Difahamkan, kes itu juga viral di media sosial di mana seorang lelaki mendakwa doktor turut menemui kesan lebam pada perut dan paha bayi berkenaan. Banyak pihak yang menunding jari pada pengasuh terbabit yang disyaki telah mendera bayi berkenaan. 

Zura bagaimanapun tidak mengetahui perkara itu dan pada masa ini enggan menyalahkan sesiapa serta memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. 

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya sudah membuat laporan polis pada Isnin lalu. Biar polis jalankan siasatan terlebih dahulu," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan menerima laporan ibu bapa bayi berkenaan dan telah menahan pengasuh berusia 23 tahun itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban jam 8.45 malam tadi. 

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya malam tadi. 


from The Reporter https://ift.tt/2NjqMRk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P0TtmG
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...