"Saya tidak melakukan sebarang tindakan sedemikian," kata guru lelaki yang tampil menafikan dakwaan seorang murid Tahun Dua kononnya telah ditampar oleh guru terbabit.
Terdahulu, murid berkenaan mendakwa dia telah ditampar oleh cikgu di sekolahnya pada Jumaat lalu. Ibunya yang baru mengetahui kejadian itu pada Isnin lalu, kemudian datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru besar sebelum membuat laporan polis.
Bagaimanapun, guru lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan yang dikatanya tidak berasas itu.
Menceritakan semula kronologi kejadian, guru berkenaan menerima panggilan dari Guru Besar pada jam 3.30 petang Isnin yang memaklumkan ada ibu kepada murid mahu berjumpa dengannya kerana anaknya mendakwa dia telah ditampar oleh guru itu.
"Dia memaklumkan yang anaknya telah ditampar oleh saya pada hari Jumaat 10 Ogos 2018. Dia berkata, anaknya lari keluar tandas waktu hendak pulang sekolah dan terlanggar tangan saya. Lalu saya telah menampar anaknya dan kawan-kawannya.
"Saya menafikan sebarang insiden tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang tindakan sedemikian. Saya juga ada saksi CCTV sekolah untuk tuduhan tersebut," katanya dalam laporan polis yang dibuat semalam di Balai Polis Pandan Indah.
Menurut guru itu lagi, dia bersetuju utnuk berjumpa dengan ibu murid berkenaan pada Selasa, namun dia telah dimaklumkan oleh Guru Besar, ibu murid itu telah membuat laporan polis.
Guru berusia 42 tahun itu juga telah hadir di balai pada jam 9.45 malam dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
"Saya juga dimaklumkan oleh pihak polis yang memang tuduhan itu adalah rekaan emak dan anaknya kerana selepas disoal siasat, anaknya memberi keterangan yang lain pula.
"Kesan lebam di leher anaknya bukanlah kesan lebam kerana dipukul, tetapi kerana kesan nila dicampur cuka yang diletak oleh neneknya kerana mengesyaki murid itu terkena beguk.
"Untuk pengetahuan, Sekolah Lubok Kelubi sekarang diserang penyakit beguk dan juga HFMD. Ibu kepada murid tersebut juga tidak menjaga anaknya sendiri kerana murid itu dijaga oleh ibu mertuanya dan hanya datang pada hari Isnin untuk melawat anaknya kerana anaknya diberi hak penjagaan kepada ayahnya," katanya dalam laporan tersebut.
Guru berkenaan juga kesal dengan tindakan ibu murid berkenaan menyebarkan nama dan gambar dirinya di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai komen dan tohmahan negatif dilemparkan netizen terhadapnya.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2Ozd7WG
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KVzPpH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment