Sebagai suami isteri, adalah penting untuk membina kepercayaan dan kesefahaman bagi mengekalkan kebahagian rumah tangga. Selain itu, suami jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Isteri pula jangan pernah lupa adab dan tanggungjawab seorang isteri.
Semoga perkongsian dari @tufairies ini menjadi iktibar untuk kita semua dan moga dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik dalam rumah tangga kita semua.
KAWAN aku ada seorang kakak yang bekerja di bahagian guam syariah. Dia berkongsi cerita dari kakak dia tentang isu pasangan nak bercerai ini. Banyak kisahnya, dari yang berat sehinggalah ke isu yang paling remeh.
Kebelakangan ini ada banyak juga pasangan yang baharu berkahwin dan bercerai tidak lama kemudian. Ada pula kes pasangan dah bertahun mendirikan rumah tangga, bercerai sebab kantoi curang.
Jadi, apa masalahnya sampai ke Mahkamah Syari'ah yang jadi punca cerai ini?
Kes ini, aku akan cerita sedikit demi sedikit berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan aku, yang juga berdasarkan apa yang peguam syari'ah sendiri beritahu aku sebelum aku berkahwin. Bukan nak mendoakan sesiapa, tetapi semoga kisah-kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua. Bismillah.
SUAMI TAK RETI PICIT UBAT GIGI
Okay, ada masuk satu kes ini. Muncullah sepasang suami isteri. Suaminya nampak baik saja, senyum saja kerjanya. Isteri? Muka masam mencuka.
Kakak pun bertanya, "Boleh saya tahu, apa yang membuatkan tuan dan puan mengambil keputusan untuk bercerai?"
Suami: "Saya tak ada apa-apa masalah cik,"
Kakak: "Okey, puan pula?"
Isteri: "..........."
Si isteri pun diam seribu bahasa. 30 minit ulang dialog sama dan seperti itu jugalah reaksinya. Jadi, kakak pun tangguh dan sambung pada sesi yang seterusnya. Tetapi dia bagi homework di mana pasangan itu perlu tulis di atas kertas mengenai kebaikan dan keburukan pasangan.
Pada sesi yang seterusnya, kakak tengok kertas si suami. Bahagian kebaikan isteri itu bukan main panjang. Bahagian keburukan? Ada nota kecil bertulis:
"Isteri saya tiada apa-apa keburukan. Saya cukup menyayanginya."
Awwww sangat. Kakak pun tengoklah kertas isteri. Panjang gila bahagian kebaikan suami. Bahagian keburukan? Lagi panjang.
"Suami tidur berdengkur, suami tak reti picit ubat gigi, suami selalu lupa letak barang di mana" dan senarai keburukan itu penuh dengan benda-benda remeh serta tidak logik. Kau bayangkanlah, isu lambat reply mesej tak ada.
Kakak pun tanya pasangan itu, "Tuan dan puan masih nak teruskan proses cerai ke?"
Suami senyap, mata berair, perlahan-lahan menggelengkan kepalanya. Isterinya pula senyap membatu dan mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Tak apa, sambung pada sesi seterusnya," kata kakak.
Tiba hari sesi yang seterusnya, hanya si isteri sahaja yang datang. Si suami tidak dapat datang kerana ada urusan. Si isteri masuk, belum sempat kakak nak bertanya apa-apa terus dia berkata,
"Cik, suami saya baik sangat cik. Tetapi saya tidak tahan dengan satu sikap dia. Dia tidak pernah bagi nafkah."
Terkedu kakak, tak pernah dia mendengar suara si isteri ini. Hari ketiga baru dia nak membuka mulut.
"Dia tidak pernah memberi nafkah cik. Sejak kami mula berkahwin lagi. Saya tak tahan, sudah banyak kali saya cuba nak cakap pada dia, tetapi dia buat tak endah saja."
Okey, sampai di situ sahaja kes ini yang aku dapat.
"NAH, TISU"
Hari yang tenang ini biasanya tidak menjamin ketenangan sepanjang hari. Pintu bilik kakak diketuk perlahan.
"Masuk!"
Maka muncullah seorang wanita yang sangat cantik tetapi menangis teresak-esak dan dia datang seorang diri.
Kakak macam, "Apa aku nak buat ni?"
Wanita itu duduk di kerusi yang disediakan, menangis sungguh-sungguh. Kau faham tak bila orang perempuan ini menangis, kita jadi super duper kesian tetapi tak tahu nak react macam mana? Ha, begitulah kakak. Lalu kakak pun menghulurkan tisu kepadanya. Dia berhenti menangis dan pandang kakak.
"Nah tisu, puan. Laplah air mata itu."
Semakin kuat wanita itu menangis dan sambil tersedu-sedu dia berkata, "Ya Allah, tak pernah ada orang offer saya kebaikan walaupun sehelai tisu. Suami saya pun tak pernah sebaik ini."
Speechless. Kecil sahaja kebaikan itu kan? Tetapi impak maksima!
Selepas disoal siasat, rupanya suami dia jenis yang tidak pernah kisah apa perasaan isteri dia. Sayangkan? Dapat isteri cantik, baik apa semua pun masih ada yang tidak menghargai. Okey, sampai di sini saja cerita aku dapat.
DILAYAN MACAM MEMBER
Asyik cerita perempuan minta cerai sebab masalah suami saja kan? Okey, tak apa. Biasalah, perempuan kan sentiasa *uhukk!* betul. Tetapi hari itu datang sepasang suami isteri. Si suami nampak macam terseksa, tak tahulah nak jelaskan macam mana.
Seperti biasa, kakak akan mulakan pertanyaan "Kenapa?". Dan si isteri macam relaks kata tiada apa-apa masalah. Suami yang ajak datang katanya. Tetapi ayat isteri dia selepas itu:
"Eh *suami* kau yang ajak aku gi sini kan? Pehal weh?" - Ini ditaip dengan lebih elok berbanding bahasa sebenar yang digunakannya itu lebih kasar.
Si suami senyap. Isterinya tanya lagi dengan nada tinggi dan bahasa kasar. Suami dia punya mata sudah berair dan dia pun berkata,
"Cik nampak kan? Cik dengar kan? Kalau cik jadi saya, apa cik akan buat?"
Kakak macam, "Eh? Pahal kau tanya aku?"
Si suami minta diri untuk keluar, kesat mata. Si isteri dengan muka tak bersalah kata suami dia tiada adab. Padahal dia yang tiada adab sebagai isteri. Masih tidak sedar atau tidak mahu mengaku silap.
Istighfar panjang. Lelaki baik bukan lesen untuk wanita berkasar dengan dia terutama lelaki itu suami. Okey, itu sahaja.
Ini cerita-cerita yang aku tak masukkan lagi isu klise seperti suami/isteri curang, suami/isteri sebenarnya bukan jantina dia, suami/isteri mandul, suami/isteri tak dapat zuriat yang dia mahukan, parents ada problem dengan menantu, suami/isteri gila talak dan sebagainya.
Best kahwin? Kahwin ini best hanya kalau kita kahwin dengan orang yang sayangkan kita seperti mana kita sayangkan dia. Orang kata, cinta bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Senang saja, sebelah lagi kau tepuk kat muka dia, berbunyi betul.
Kenali betul-betul pasangan. Bukan suruh bercinta tapi ta'aruf. Ada beberapa lagi kes tapi aku tak ingat. Aku ada catit hari itu masam peguam itu beritahu, sebagai nota untuk diri sendiri.
InsyaAllah kalau ada rezeki korang nanti, aku kongsikan. Yang sudah berkahwin, buatlah cara sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, jagalah pergaulan itu. Ini yang tak kahwin lagi pula melebih-lebih. Heh!
Sumber: @tufairies
from The Reporter https://ift.tt/2KM1nhb
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vzXkzC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment