Difahamkan, ibu bapa pelajar ini telah berpisah sejak 13 tahun lalu. Ibu Haikal yang meninggal dunia baru-baru ini disebabkan penyakit kanser.
"Kisah sedih yang saya baru tahu hari ini. Murid ini namanya Haikal, Tingkatan 4. Mak dan ayahnya telah berpisah 13 tahun lepas dan tidak pernah berjumpa sejak dari itu.
"Jumaat lepas, mak dia meninggal dunia sebab sakit kanser. Haikal tinggal dengan abangnya, Tingkatan 5 di sebuah rumah flat berdekatan dengan kawasan sekolah," tulisnya.
Dalam keadaan yang mendesak itu, Haikal dan abangnya, Mohd Azmi, tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka, terutamanya membayar rumah sewa bulanan RM850.
"Semenjak mak dia sakit, dia dengan abangnya bekerja untuk menyara hidup dan bayar sewa rumah RM850 sebulan. Di waktu pagi mereka bersekolah, di waktu petang mereka bekerja sampai malam.
"Dia kata, dia dah tak mampu nak membayar sewa rumah itu yang mahal sangat. Mereka kini mahu mencari rumah yang murah sikit.
"Hurm.. di kala kita tengah struggle kumpul duit nak membeli barang-barang kehendak kita, dia pula struggle nak teruskan hidup dan belajar. What a strong young man.
"Siapa yang sudi membantu dia, boleh PM saya, Siti Norhana (FB). Nak bagi barang-barang dapur dan sebagainya. Kita mudahkan orang, inshaAllah akan ada orang yang mudahkan kita nanti," tulis guru berkenaan di Facebooknya.
Sementara itu, seorang netizen yang prihatin, Puteri Aqiliah, turut mengajak orang ramai membantu meringankan bebanan dua beradik berkenaan sama ada dalam bentuk sumbangan barangan makanan atau keperluan dan juga wang tunai.
Bagi mereka yang ragu-ragu, boleh terus menghubungi nombor telefon Haikal sendiri untuk maklumat lebih lanjut.
"Adik Haikal ini masih bersekolah, tinggal bersama dengan abangnya yang juga masih bersekolah. Mak mereka baru saja meninggal dunia. Bapa mereka entah ke mana. Mereka kena kerja selepas bersekolah untuk menyara hidup, bayar sewa rumah. Kalau ada sesiapa yang nak menghulurkan bantuan, boleh contact adik ini terus di talian 016-6816782.
"Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, boleh sumbangkan terus ke akaun bank abang kepada adik Haikal.
BSN: 1410729000107942 (Mohd Azmi).
Adik Haikal ni masih bersekolah, tinggal dgn abg yg juga masih bersekolah, mak baru je meninggal dunia, bapak entah ke mana.— putweeeee🤪 (@puteriaqiliah) August 17, 2018
Kena kerja lps sekolah nak sara hidup, bur sewa rumah. Kalau ada yang nak hulur bantuan, bolehlah contact adik ni terus di 016-6816782 (adik haikal) pic.twitter.com/pZEvPcFgN1
"Yang hendak menghulurkan sumbangan barang makanan dan keperluan, boleh hubungan WhatsApp atau call nombor adik Haikal. InshaAllah Isnin ini wakil Pusat Zakat Selangor akan berjumpa dengan adik Haikal. Cikgu yang post mengenai dia pula akan bawa dia ke bank untuk membuka akaun," tulisnya.
from The Reporter https://ift.tt/2L64a4P
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2L80hg5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment