Susulan saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyarankan golongan transgender menggunakan tandas OKU sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan, Komuniti OKU di Alor Setar mempertikaikan saranan itu yang dianggap cuba merampas hak mereka.
Abdul Malik Said, 35, OKU, yang berkerusi roda berkata, saranan Timbalan Menteri itu telah menguriskan hati mereka, sedangkan banyak premis dan bangunan gagal menyediakan kemudahan untuk golongan OKU.
"Jika kami tidak diberi kemudahan secukupnya tapi janganlah rampas hak kami pula, gunalah tandas lelaki dan wanita mengikut fitrah asal," katanya..
OKU wanita, Siti Nor Azizah Aziz, 29, pula meluahkan rasa kebimbangan sekiranya golongan yang sempurna sifatnya itu akan memberi ancaman keselamatan buat mereka di masa akan datang.
Tegasnnya, tandas OKU hanya akan dikongsi oleh lelaki dan wanita OKU sahaja, bukan untuk lelaki yang sihat dan kuat.
"Saya tidak setuju dengan cadangan kerajaan, saya seorang wanita yang kurang upaya dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain, jika mahu berkongsi dengan 'lelaki', saya rasa tidak selamat.
"Sekiranya wanita normal sendiri boleh meluahkan rasa bimbang mengenai transgender menggunakan tandas mereka. Bagaimana dengan kami, tentu kami lebih bimbang berbanding orang normal," katanya.
Bagi Amin Ridzuan Che Mohamad, 31, berkata, kerajaan seharusnya lebih tegas dalam menangani isu transgender berikutan mereka hanya mempunyai masalah naluri yang kemudiannya dizahirkan menerusi watak, pakaian dan fizikal mereka.
"Malaysia yang diuar-uarkan sebagai negara Islam, adalah lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan agama dan pasti masalah itu dapat diselesaikan tanpa "mengorbankan" keistimewaan komuniti OKU," katanya.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2KTtpHE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vG19Ui
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment