loading...

Sunday, 12 August 2018

(Video) 'Memiliki raut wajah cantik menjadikan wanita Pasir Mas sentiasa berada dalam radar golongan lelaki'


Viral di media sosial video liputan Sinar Harian mengenai kecantikan wanita dari Pasir Mas yang didakwa sentiasa berada dalam radar golongan lelaki. 

"Sebut saja Pasir Mas, perkara pertama yang bermain di benak pemikiran orang ramai ialah mengenai kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh wanita serta gadis di daerah ini. 

"Memiliki raut wajah cantik tanpa perlu disolek, tambah pula dengan kulit gebu, hidung mancung, kening hitam seolah-olah memakai alat solek menjadikan wanita Pasir Mas sentiasa berada dalam radar golongan lelaki untuk dijadikan sebagai calon isteri. 


"Ditambah pula dengan gaya lemah lembut dan budi pekerti baik, melengkapkan lagi pakej kecantikan wanita Pasir Mas dan menjadikannya tampak lebih eksklusif berbanding dengan wanita-wanita Kelantan di jajahan lain. 

"Kejelitaan wanita Pasir Mas turut dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya, perkahwinan campur, mempunyai hubung kait dengan Puteri Saado, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan dan sebagainya. 

"Difahamkan, perkahwinan campur itu berlaku disebabkan sungai Kelantan yang terdapat di Pasir Mas yang merupakan laluan perdagangan popular pada zaman dahulu kala.

"Di sebalik kecantikan itu terselit rasa kurang selesa dalam kalangan wanita Pasir Mas apabila sering menjadi tumpuan di khalayak ramai. Lebih mengejutkan, walaupun sudah bergelar sebagai isteri dan mempunyai cahaya mata, masih ada yang mahu mencuba nasib dengan mengorat mereka," lapor portal berita berkenaan. 

Bagaimanapun, di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi pada video itu dan menganggap wartawan berkenaan mungkin belum menjelajah ke serata Malaysia.

"Tempat lain pun ramai yang cantik. Siapa la yang buat (laporan) video ini, tolong selidik habis-habis," - Tuan Dvj Neo. 

"Ambo ore Bachok, comey molek jah. Pakej sempurna lagi ado mata, ado hidung, gigi cukup jah. xdop pun kecoh-kecoh nok masuk Sinar." - Tengku Eyrin Hj Ishak.



from The Reporter https://ift.tt/2Owyd85
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vLchiL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...