loading...

Saturday, 25 August 2018

'Tombol pintu dipulas perlahan, kawan dah mula menangis...'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

ASSALAMUALAIKUM min. Saya ada nak share pengalaman saya semasa tinggal di asrama. Saya tak tahulah kalau cerita ini seram kepada orang di luar sana tetapi bagi kami pelajar Aspuri di koleh ini memang takutlah. Sampai berjaga malam kami dibuatnya.

Cerita ini terjadi pada tahun 2016, dua atau tiga bulan sebelum bulan puasa macam tu kalau tak silap sayalah.

Pada mulanya kami digemparkan dengan berita ada lelaki yang masuk ke Aspuri. Dorm ahli jawatan tertinggi yang kena dulu. Kata mangsa, lelaki itu ada menyentuh kaki dia, kemudian menyorok di bawah katil. Saya pun tak berapa tahu sangat cerita penuh. Apa yang pasti, lelaki itu tertinggal baju dia dalam dorm itu.

Dua atau tiga minggu sebelum kes ini terjadi, ada satu perkara pelik yang berlaku di dorm saya.

Ada satu minggu dalam jam 3-4 pagi akan ada yang datang 'melawat'. Dia datang dengan rambut diikat satu, memakai beg sandang berjalan sampai ke tengah dorm. Tak buat apa-apa, selepas itu keluar semula.

Kes ini berulang beberapa kali dalam seminggu. Bukan saya seorang sahaja yang menyaksikan kes ini dan apa yang kami rasa adalah sama.

Setiap kali perempuan itu masuk, kami jadi takut. Langsung tak boleh bergerak sebab takut sangat dan jantung berdegup laju.

Berbalik kepada cerita asal, masa ini kami sebagai kaum hawa terus cemas. Bermacam-macam spekulasi orang buat. Jadi, kami dah mula mengambil langkah berhati-hati.

Lebih kurang seminggu dua selepas itu, kejadian ini berulang kembali. Ramai pelajar Aspuri beritahu mereka ternampak lelaki berkeliaran di kawasan Aspuri. Masa ini Aspuri memang dijaga ramai pihak termasuk guard-guard lelaki dan wanita, polis. Dulu guard wanita ini tak ada, baru sekarang ada.

Banyak cerita yang saya dah dengar. Ada yang kata lelaki ini datang sebab dia sedang 'belajar'. Kena selesaikan task sebelum bulan puasa. Ini antara spekulasi yang saya dengarlah.

Sampai satu tahap, waktu itu beberapa minggu saja lagi nak puasa. Memang kami kena kacau teruk. Kalau nak cerita semua, takut pening nanti. Jadi, saya cerita daripada pandangan saya dan apa yang saya lalui dan rasa pada waktu itu.

Malam itu kami memang dah bahagikan tugas siapa yang akan berjaga pada malam itu secara bergilir-gilir. Malangnya, semua tak boleh tidur.

Waktu itu masih awal lagi, dalam jam 12 malam. Saya dengan kawan saya bersiap-siap atas katil. Semasa kami sedang melayan phone, terdengar tombol pintu dipulas dengan perlahan.

Saya dan kawan di katil sebelah saling berpandangan. Kebetulan saya dan kawan saya yang seorang ini memang pantang sikit bab-bab macam ni. Maka kami berdua perlahan-lahan bergerak ke pintu untuk melihat siapa di luar.

Elok saja kami berada dekat dengan pintu, makhluk itu terus berlari di sepanjang koridor. Dalam waktu yang sama juga, orang di bahagian belakang terbangun sebab nampak benda bongkok terlari laju. Dengan segera kami buat report dalam group Aspuri.

Tidak lama kemudian, kami diarahkan untuk turun ke tingkat bawah dan duduk bersama-sama ahli dorm di tingkat dua. Kami diminta untuk bersedia dan berjaga-jaga kalau berlaku apa-apa.

Pak guard dan mak guard serta warden semua dah bersiap sedia di bawah bersama kami.

Kami dapat report dari yang mata tidak berhijab, ada lelaki berambut kerinting sedang menunggu di bahagian ampaian di belakang Aspuri. Nama pun ampaian belakang, memang terletaknya di belakang, sunyi. Saya pun cuba tengok juga, mungkin ada tanda-tanda lain lagi.

Setelah penat menunggu, akhirnya kami diminta kembali ke dorm masing-masing dan buat seperti biasa. Kami juga diingatkan, sekiranya terdengar bunyi jeritan, jerit sekali dan orang terdekat dengan siren akan membunyikan siren.

Kami menunggu dengan penuh prihatin. Tengok kawan sebelah, alahai lenanya tidur. Hati ini tak tenang, macam mana nak tidur? Selepas itu kami dengar orang menjerit. Maka kami dalam dorm ini pun menjerit sekali sambil berlari keluar malah dialunkan sekali background siren Aspuri.

Yang pasti tangan aku sakit sebab tersepit masa berlari keluar. Yelah, 10 orang berlari keluar dari satu pintu yang kecil.

Tercari-cari juga kelibat makhluk itu tetapi apa yang saya nampak cuma warden di tangga blok sebelah memberi arahan suruh masuk ke dalam dorm semula. Katanya ada yang baling batu. Sekali lagi kami berhimpit dalam pintu yang kecil.

Sekali lagi kami menunggu. Terdengar pula bunyi nyaring. Kawan sedorm pula dah menangis. Katanya itu bunyi anak kucing yang tengah sakit. Macam diseksa, katanya.

Hati ini memang dah tak tenang, ditambah pula dengan bunyi itu, makin tak tenang jadinya.

Kami dapat laporan dalam group Aspuri, suruh tegok bilik stor bag di blok sebelah sebab lampunya terbuka seperti dimasuki orang. Kami seorang demi seornag panjat almari tengok melalui jaring atas tingkap itu.

Ada yang menangis bila tengok, katanya makhluk itu menyeramkan. Muka dia bersinar lain macam, matanya besar seperti lampu mentol. Masa itu pula kepalanya pusing ke kiri dan kanan. Kami terpaksa memberanikan diri merakam gambar.

Semasa merakam gambar, matanya seperti memandang tepat ke arah kamera.

Selepas merakam gambarnya, berdentum bunyi yang kuat disertai dengan gemaan dentuman di seluruh Aspuri. Warden tak sempat nak naik pergi tengok, benda itu dah hilang.

Selepas itu, keadaan terus menjadi sunyi. Kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Sebagai penutup hari itu, kami disambut bunyi burung yang nyaring (macam Phoenix) dan panjang lalu di atas Aspuri. Waktu itu pun dah nak masuk waktu subuh.

Pada keesokan harinya, banyaklah cerita yang saya dengar. Dari pihak Aspuri berkata, mereka ternampak seekor burung besar berterbangan di atas Aspuri pada malam itu.

Dari pihak guard pula, mereka kata ternampak seorang lelaki memanjat paip besi tepi bangunan Aspuri. Laju pergerakannya, seperti cicak.

Ada juga saksi yang nampak pada mulanya di blok sebelah. Dalam masa yang sama ada yang nampak di sebuah lagi blok lain. Ada yang kata satu badannya besar seperti gergasi dan satu lagi saiz seperti manusia biasa.

Yang peliknya, toleh sekali nampak tetapi bila toleh kali kedua terus hilang.

Ini adalah malam yang paling teruk sepanjang diganggu makhluk berkenaan. Tahun lepas pula terjadi di depan mata saya di mana pada satu malam itu saya terjaga dengan lampu dan pintu terbuka

Ingatkan dah jam 5 pagi, bila tengok jam baru 4.00 pagi, lebih kurang. Kelam kabutlah sebab pintu dibiarkan terbuka. Yelah, ada pengalaman maka takutlah bila dorm tak dikawal langsung.

Elok sahaja bangun dari katil, ternampak seorang lelaki sedang bangun bersiap sedia nak lari. Tingginya biasa, badannya agak berisi, rambut pendek seperti askar, memakai seluar pendek paras lutut yang banyak poket/

Secara automatik saya kejar dia tetapi dia lari tersangatlah laju. Sempat kejar sampai daun pintu saja. Selebihnya dengar bunyi tapak kaki dan dia berlari ke atas bumbung.

Itu adalah kali terakhir kes ini berlaku. Banyak lagi cerita tentang benda ini tetapi ini sajalah yang dapat saya kongsikan. Tahun ini adalah tahun terakhir dan saya masih trauma.


Dalam gambar itu, tengok kelibat di atas pintu, nampak muka dia tengah memandang kami.

Sumber: Szwni

Mahu kongsikan cerita pengalaman atau kisah seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/2o7D2tl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P6llph
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...