Dalam kejadian baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan menanggung kesan sampingan yang tidak dijangkakan selepas memakai makeup mainan yang dibeli ibunya. Menurut Puan Fara, makeup mainan yang dibeli dengan harga mahal itu, menjadi punca kulit muka anaknya melecet dan mengelupas.
"Ya Allah, tak tahu nak mulakan daripada mana. Hmm, terlalu sedih dan luluh hati ibu melihat kakak sakit. Sekarang kakak dah tiga tahun lima bulan, demam baru tiga kali. Ibu ingat sampai sekarang.
"Ibu rasa inilah saki yang paling teruk, yang kakak rasa sekarang. Ibu minta maaf sayang," tulisnya.
Puan Fara menjelaskan, dia membeli mainan itu selepas kerap mendengar anak perempuannya itu meminta dibelikan mainan tersebut setiap kali menonton video di aplikasi YouTube, dan dipakaikan pada anak patung. Namun tidak menyangka anaknya akan memakai makeup itu dan akibatnya seteruk itu.
"Ibu teringat, setiap kali kakak tengok YouTube minta belikan makeup mainan ini sebab kononnya nak bagi anak patung kakak pakai. Jadi, ibu pun pergi beli benda bodoh ini di Parkson. Sudahlah mahal nak mampus.
"Ibu pun tak sangka kakak pakai dan jadi macam ini sayang. Ibu minta maaf. Sekarang kakak sakit, ibu tak sanggup tengok. Sedih dan tak boleh nak luahkan.
"Ya Allah, sembuhkanlah sakit anakku Ya Allah. Amin.. Amin.. Amin.
from The Reporter https://ift.tt/2OTqTUi
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PnbhJP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment