"Gempar! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran di atas meja!" demikian tweet pengguna Twitter yang viral di media sosial sejak malam tadi.
Menurut Rizarul (@rizarul), kejadian itu berlaku di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka dan beliau sendiri tidak menyangka insiden seperti ini boleh berlaku.
"Biasanya orang tertinggal handphone, wallet, sampah sarap, dulang + bekas makanan. Tetapi kali ini tertinggal anak woii!!" tulisnya.
Bagaimanapun kes itu selesai apabila keluarganya berpatah balik mengambil semula anak mereka yang tertinggal.
"Baru dapat call dari parents, baru perasan anak dia tertinggal. Kes selesai, bapanya datang ambil," tulisnya.
Ibu bapa dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan perkara lain sehingga terlupa pada anak sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.
from The Reporter https://ift.tt/2weJMKu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NhiERj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment