Seorang gadis hilang kelayakan untuk menjalani latihan praktikal di agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) kerana kebiadaban tweetnya terhadap seorang Ahli Majlis Angkasa Nasional, Homer Hickam, yang mengawasi NASA.
Naomi, terdahulu memuat naik tweet dengan perkataan yang tidak sepatutnya dengan tujuan mahu menghebohkan kepada rakan-rakan Twitter yang permohonannya diluluskan.
Tweet itu mendapat perhatian dari Homer yang kemudian memintanya beradab. Tetapi Naomi yang tidak mengenali Homer, membalas tweet itu dengan kata-kata kesat seperti dia sudah bekerja di agensi angkasa yang terulung di dunia itu.
Bagaimanapun, Homer mendedahkan siapa dirinya dan peranannya yang terlibat secara langsung dengan NASA.
Tidak beberapa lama kemudian, Naomi dilaporkan hilang kelayakan untuk meneruskan latihan di agensi itu yang dikatakan berpunca dari tweet biadab tersebut.
Berikutan dakwaan gadis itu hilang kelayakan tersebut kerana tweet itu, Homer kemudian mengeluarkan kenyataan penafiannya dan menegaskan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengambil atau memecat sesiapa dalam agensi itu.
"Saya tidak terkesan dengan penggunaan perkataan 'F' tersebut, namun apabila saya nampak NASA dan perkataan 'F' itu digunakan, saya rasa anak muda ini bakal ditimpa masalah sekiranya NASA mengetahuinya. Jadi saya pun tweet satu perkataan kepadanya, "Language".
"Tetapi tidak lama kemudian saya dimaklumkan tawaran dia telah ditarik balik. Saya tidak ada kaitan dengan keputusan itu dan saya tiada kuasa untuk mengambil atau memecat sesiapa dalam agensi ini.
"Bila diselidik, NASA sendiri yang mendapat tahu.
"Dia kemudian menghubungi saya dan meminta maaf dan saya dengan hati terbuka menerima kemaafannya. Selepas melihat resumenya, saya rasa dia layak berada di industri angkasa lepas dan saya akan buat apa saja yang saya mampu untuk membantunya.
"Saya juga telah berbincang dengan pihak yang berkaitan dan memastikan rekodnya tidak disenaraihitamkan. Mereka beritahu saya, Naomi boleh memohon semula," katanya
Sementara itu di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi mengenai isu keceluparan Naomi dan berharap orang ramai mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik tweet biadab terhadap orang yang tidak dikenali.
from The Reporter https://ift.tt/2wnwieI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wq7DWL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment