loading...

Tuesday, 14 August 2018

Diratah bapa dan 3 abang kandung


Tergamak seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak perempuannya berusia 11 tahun, meratah mangsa dan turut terlibat sama dalam melampias nafsu serakah itu, tiga abang kandungnya, lapor Harian Metro.

Perbuatan keji itu dilaporkan berlaku di rumah mereka di kawasan hutan di Keningau, Sabah dan mangsa telah beberapa kali diperkosa sejak awal 2017 dan kali terakhir pada 4 Ogos lalu. 

Bagaimanapun, perbuatan empat suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang berusia 32 tahun pada Sabtu lalu sebelum membuat laporan polis. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

"Berikutan laporan itu, polis menahan bapa mangsa berusia 52 tahun, pada hari sama laporan itu dibuat. Seterusnya, hasil soal siasat polis menahan dua lagi suspek yang juga abang kandung mangsa berusia 19 dan 23 tahun," katanya.

Polis sedang giat mengesan seorang lagi abang mangsa untuk membantu siasatan, manakala tiga beranak yang sudah ditahan kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.


from The Reporter https://ift.tt/2w2BW5G
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vJOEXB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...