Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.
'JANGAN KACAU ORANG LAGI'
Aku pernah dengar satu cerita, betul atau tidak, wallahualam. Siapa-siapa yang tahu jalan Batu Pahat - Kluang kan dah naik taraf jadi empat lorong. Sepanjang jalan ini pula tak ada divider sebab ada banyak kampung kan.
Ada satu simpang nak masuk satu kampung ini kerap berlaku kemalangan. Sampai satu hari itu ada yang terkorban. Aku pun ingat-ingat lupa kejadian itu, tetapi apa yang pasti ada seorang perempuan mati di simpang kampung itu.
Kes kemalangan itu sampai masuk dalam Harian Metro. Kalau tak silap, perempuan itu dalam perjalanan nak pergi bayar payment kereta dan dia kerja kilang di area Parit Raja.
Dengar cerita semasa dia kemalangan, duit yang dia bawa semua berterabur di jalan raya. Kasihan sangat-sangat.
Nak dijadikan cerita, selepas dia meninggal dunia, pengawal keselamatan yang menjaga kilang tempat arwah berkerja mendakwa selalu ternampak kelibat arwah.
Ada satu malam, arwah datang berjumpa dengan pengawal keselamatan di pagar. Dia kata nak masuk kerja, pengawal keselamatan ini dah tahu yang arwah ini sudah meninggal dunia. Jadi dia cakap elok-elok pada benda itu.
"Janganlah kacau orang lagi, kau pergilah ke tempat kau yang sepatutnya."
Masa itu katanya, muka arwah macam sayu sangat. Sejak dari itu, dah tak ada cerita tentang benda itu muncul di kawasan kilang.
Masa ini juga agak heboh mengenai jelmaan arwah tetapi aku tak ambil port sangat. Sekarang ini pun, dengar-dengar cerita, tak ramai yang nak kerja syif malam di kilang sebab banyak berlaku kes histeria.
Sumber: Pinky46
'SUDAHLAH BENDA ITU TAK ADA KEPALA'
Ini ada satu cerita yang bapa aku alami sendiri. Dulu bapa aku kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam. Bapa aku selalu kena syif malam sebab ramai yang takut nak kerja syif malam.
Bila malam, bapa aku kena meronda-ronda di kawasan kilang.
Ada satu malam itu lebih kurang jam 12 malam, bapa aku pergi meronda-ronda di kawasan gudang kilang ini. 'Benda' itu pula mengacau bapa aku.
Mula-mula main cak-cak belakang tiang. Bapa aku buat tak tahu saja. Bapa aku jenis kuat semangat dan tidak takut dengan semua itu kerana masa di kampung dulu, bapa dah biasa kena kacau 'benda' itu.
Tiba-tiba bapa aku terdengar bunyi forklift beroperasi. Bapa aku ingatkan ada orang masih bekerja. Lalu dia pun masuk nak bersembang-sembang.
Rupa-rupanya 'benda' itu yang operate forklift itu. Sudahlah 'benda' itu tak ada kepala.
Terus bapa aku kata, "Kau buatlah kerja dulu. Aku bukan nak kacau kau," kata bapa aku dan dia terus blah.
Sumber: Libra Gurlz
'SEJAK KES KEMATIANNYA, RAMAI PEKERJA KILANG DIGANGGU'
Urmm, kisah yang aku nak ceritakan ini, kilang Sony area Prai, Pulau Pinang. Cerita ini pun aku dengar dari kawan lama aku yang kebetulan bekerja di kilang Hitachi, tidak jauh dari kilang Sony itu.
Khabarnya di kilang Sony itu pernah berlaku pembunuhan seorang gadis yang dinobatkan sebagai Miss Sony bernama Intan. Memang cun gile Miss Sony ini. Kiranya dia menjadi rebutan para jejaka dalam kilang itu termasuklah mat-mat bangla.
Urm.. aku cerita berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Tetapi kisah yang sebenarnya, mungkin sesiapa yang berminat boleh tanya sendiri dari pekerja kilang Sony itu.
Ok, berbalik kepada kisah Intan ini, dia memang cantik sungguh. Kiranya ramai yang nak dekat tetapi sayang, dia sombong.
Dipendekkan cerita, tup-tup orang terjumpa mayat Intan di dalam gudang kilang. Ketika ditemui, mayat Intan dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di mana kemaluannya dijolok dengan batang kayu mop sampai mati.
Dengar cerita, orang tempatan dan mat bangla terlibat dalam kes ini.
Setelah berlakunya insiden ngeri itu, jelmaan Intan seringkali mengganggu kakitangan kilang Sony dan kilang-kilang berdekatan terutamanya kakitangan yang bekerja syif malam.
Tak tahu kesahihan cerita ini tetapi kalau ada sesiapa yang berada di Pulau Pinang, ada saudara mara bekerja di kilang itu, cuba tanya tentang kisah ini. Dah lama sangat kisah ini, tetapi ternyata masih terpahat di ingat kakitangan kilang Sony dan juga kilang berhampiran.
Wallahualam.
Sumber: BabeySha
from The Reporter https://ift.tt/2vWcVd0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2nPRvtU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment