loading...

Monday, 13 August 2018

(Video) Kasari dan tampar murid sampai terjatuh, 2 guru tadika ditahan


Dua guru tadika berusia 21 dan 40 tahun yang didakwa mengasari kanak-kanak di sebuah tadika di Ayer Keroh ditahan untuk membantu siasatan, lapor Sinar Harian

Perbuatan dua wanita itu terbongkar selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial dan mencetuskan kemarahan warga netizen. 

Difahamkan, video berdurasi 37 saat dan 2.12 minit itu mula tersebar di aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu yang menunjukkan guru terbabit mengasari dan menampar kanak-kanak terbabit sehingga terjatuh dari kerusi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan dua guru terbabit telah ditahan selepas pemilik tadika berkenaan tampil membuat laporan polis. 

"Tangkapan itu dilakukan sejurus pengurus tadika yang berusia 40 tahun membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu selepas menerima video tersebut yang dipercayai dirakam dan disebarkan oleh seorang pekerja yang sudah berhenti kerja dari tadika berkenaan 1 Ogos lalu. 

"Pengadu percaya kejadian ini berlaku dalam masa dua minggu lalu dan terkilan dengan tindakan pekerjanya yang mengasari anak didik selain tindakan pekerja yang merakam dan menyebarkan video itu tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu," katanya. 



Mohd Nor Yhazid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


from The Reporter https://ift.tt/2B5jPlc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P26iy1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...