Ibu bapa tidak digalakkan membawa anak kecil berusia bawah tiga tahun ke panggung wayang. Bukan kerana bimbang anak-anak bising atau menangis sehingga mengganggu konsentrasi penonton lain, tetapi bimbang deria pendengaran mereka terjejas berikutan bunyi yang terhasil dari filem yang ditonton itu.
Dalam perkongsian Baby Language (BL) baru-baru ini mendedahkan, perbuatan seperti itu mengundang risiko yang tinggi terhadap anak kecil. Malah GSC turut tidak menggalakkan ibu bapa berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
TREND ibu bapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia berbahaya?
Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang di luar negara. Kedua-duanya mengesahkan hal yang sama iaitu, panggung wayang bukan tempat buat anak-anak berusia dua tahun ke bawah.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2 - 8 jam) kepada bunyi yang melebihi 85db-90db sangat berisiko untuk pendengaran orang dewasa, apatah lagi buat anak kecil. (Rujuk sumber hearinglosthelp.com).
Untuk rekod, perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik 110db. Bunyi wayang? Owh, sangatlah banyak tingginya dari itu.
Okay, pasti ada yang akan berkata, "Saya biasa je bawa baby pergi tengok wayang. Okay je, tak ada apa-apa.". Soalannya, menonton wayang ini aktiviti dambaan siapa? Ibu bapa bayi atau bayi? Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil berusia di bawah dua thaun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka.
Taman permainan, taman rekreasi, outdoor nature theme park, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang untuk menggunakan keseluruhan derianya untuk 'berada' di dalam situasi itu. Ya, ini aktivii yang berhak untuk mereka dapatkan.
Duduk menonton wayang? Ini unuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan 'me time' untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda buat sementara waktu kepada penjaga yang dipercayai. Ini lebih baik dan selesa, bukan saja buat anda tetapi kepada orang lain juga.
Sumber: Baby Language
p/s: jangan risikokan deria pendengaran anak anda atau jika terdesak, minta bantuan saudara mara jaga anak buat sementara anda dan pasangan menikmati 'me time' dalam tempoh 1-3 jam.
p/s: jangan risikokan deria pendengaran anak anda atau jika terdesak, minta bantuan saudara mara jaga anak buat sementara anda dan pasangan menikmati 'me time' dalam tempoh 1-3 jam.
from The Reporter https://ift.tt/2OCcBbd
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KktT9A
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment