loading...

Thursday, 2 August 2018

Duit banyak tapi tak bagi nafkah kepada isteri, tak guna juga


Golongan suami perlu tahu yang mereka wajib menyediakan 4 nafkah ini iaitu, makan minum isteri, peralatan mandian, pakaian baru, rumah selesa untuk didiami isteri dengan aman dan mudah membuka auratnya. 

Duit belanja diri (nafkah isteri) jika menurut Lembaga Zakat adalah RM3,000 setahun. Bahagi kepada 12 bulan, jadi RM250 sebulan. Namun, bergantung pada pendapatan dan ehsan suami. 

Di sebalik itu juga, perlu ada komunikasi di antara pasangan bagi merealisasikan semua itu seperti yang dikongsikan oleh Puan Safura Ahmad Sharkawi. Semoga bermanfaat.

BILA suami tanggung nafkah, nampak kelelakiannya di situ. Dia tanggung semua dulu, kalau tak larat, sama ada adjust muatan, tambah kekuatan atau minta pertolongan. Untuk merealisasikan semua ini, kena banyak komunikasi suami isteri agar sama-sama rasa susah senang peritnya dan kemudian sama-sama merancang nak buat apa. 

Apa-apa perkara bersangkutan keperluan beliau, keperluan isteri, keperluan anak semua bersangkutan satu sama lain. Yang pasti semua di atas pundak seorang lelaki perkasa bernama suami.

Alternatively

Bila ‘beri nafkah’ pula, ia melibatkan portion. Ada portion bagi isteri, portion lain untuk lain-lain. Portion untuk isteri sikit pun dikatakan portion, banyak pun dikatakan portion. Ia jadi subjektif. Masalah jadi timbul bila:

1. Portion isteri sikit.

What about the other portion? Ke mana perginya? — dah jadi gaduh pula. 

"Gaji awak punyalah besar, bagi saya ciput camni je?"


"Eh.. syukurlah ada jugak aku bagi. Kalau aku tak bagi camne?"

2. Portion isteri besar dan portion lain-lain kecil. Gaduh juga sebab "Eh! Aku dah bagi kat kamu punya banyak, takkan bahagian aku kamu nak jugak? Duit aku bagi tu guna la untuk beli barang dapur, bayar rumah, kereta, bil-bil, nursery, pampers anak, susu anak bla.. bla .. bla.."

Isteri jawab: "Eh? Itu bukan duit untuk aku ke? Kalau dah duit tu untuk bayar semua, mana duit nafkah aku?"

Pengurusan duit kena hand in hand dengan komunikasi transparent suami isteri. Duit banyak tapi tak communicate well susah nak dapat perkahwinan sejahtera luar dan dalam. Duit sikit tapi perkongsian dan komunikasi jelas lebih menenangkan jiwa .

"Tak apalah yang, sikit kita buat cara sikit, banyak kita buat cara banyak ye yang?" 

Tapi make sure jugalah masa cakap tu jangan ada duit sorok belakang. Hahaha. Tak jauh mana kantoinya tu. Unless sorok belakang untuk simpan di Tabung Haji. Tapi itulah, benda baik jarang orang nak sorok. Transparent sajalah ya?

Ingat. Allah dah beri rezeki cukup buat setiap kita. Kita je yang tak cekap menguruskannya.



from The Reporter https://ift.tt/2KkXijF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LNx8fe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...