loading...

Monday, 2 July 2018

(Video) 'Saya kerat dan campak anu dia ke luar tingkap' - Isteri kerat alat sulit suami disyaki curang


Seorang isteri bertindak mengerat alat sulit suaminya selepas mengesyaki lelaki itu mempunyai hubungan sulit di Thailand, lapor Daily Mail

Karuna Sanusan, 24, memberitahu polis bahawa dia sebelum itu mengejutkan suaminya, Siripan, 40, dari tidur dan terus menyerang dan mengerat alat sulit mangsa dengan sebilah pisau berukuran 12 inci panjang, dalam kejadian di kediaman mereka di Sriracha, Bangkok. 

Karuna kemudian mencampak keluar alat sulit mangsa keluar dari tingkap bilik, sementara Siripan ditinggalkan dalam keadaan kesakitan dan mengalami pendarahan teruk. Jiran-jiran yang mendengar jeritan mangsa kemudian menghubungi polis yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 pagi semalam. 





Alat sulit mangsa juga diambil dan disimpan dalam kotak ais untuk disambung semula. Namun, paramedik berkata usaha itu mungkin tidak akan berhasil. 

Siripan dikejarkan ke Hospital Samitivej Sriracha, manakala Karuna telah ditahan dan didakwa melakukan jenayah itu. 

Ketika disoal siasat, Karuna yang berasal dari Kemboja, duduk dan kelihatan tenang sahaja. 

Dia memberitahu pegawai penyiasat yang baru-baru ini dia mendapati suaminya keluar dengan perempuan lain dan merancang untuk membalas dendam dengan mengerat alat sulitnya. 

"Saya dan suami bekerja bersama menjual sayur-sayuran organik di sebuah gerai. Sebelum kejadian ini berlaku, saya berasa curiga dan berasa dia ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Saya selalu ternampak dia mengatal dengan ramai perempuan. 



"Kemudian saya mendapati dia secara diam-diam keluar dengan perempuan lain dan ini membuatkan saya berasa marah. Saya terlalu marah dan tak dapat menerima apa yang dia lakukan. 

"Jadi, saya pun buat rancangan ini. Saya kejutkan dia dari tidur dan ketika dia berada dalam keadaan mamai, saya gunakan pisau untuk mengerat alat sulitnya dan lempar keluar dari tingkap," katanya. 

Timbalan Ketua Polis Sriracha, Kolonel Somkid Boonlert berkata, pegawainya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu. 

"Polis tiba bersama dengan paramedik dan mendapati mangsa dalam keadaan cedera parah di bahagian alat sulitnya. 

"Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan bekerja sebagai penjual sayur dan suspek mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan disebabkan itu suspek merancang untuk membalas dendam," katanya. 

"Mangsa kehilangan banyak darah dan dia kini di bawah pemantauan pihak hospital. Dia tidak akan dapat lagi menggunakan alat sulitnya seperti normal. 

"Menurut doktor sel-sel dalam alat sulitnya telah mati dan terpisah dari badannya untuk jangka masa yang terlalu lama dan menyebabkan mangsa mengalami kecacatan seumur hidupnya. 

"Suspek telah ditahan reman untuk siasatan dan dihalang dari mendekati suaminya. Suspek akan didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2MG7chG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MJ5v2Y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...