Hidayah itu milik Allah, dan Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Justeru itu juga, kita sebagai manusia biasa, kita diamanahkan memberi teguran secara berhemah kepada golongan yang telah lalai dan bukan menjadi hakim terhadap kekhilafan orang lain kerana seorang pendosa juga ingin ke syurga.
Bebenang ‘Kematian Pondan yang Ditangisi’ menjadi tular di media sosial apabila pengakhiran cerita ini menarik perhatian netizen. Kisah ini juga menjadi tular disebabkan oleh isu LGBT yang tengah hangat diperkatakan sekarang.
TIBA-TIBA rasa nak buat thread pasal 'Kematian Pondan yang Ditangisi'. Kisah BENAR. Nak retweet, retweetlah aku buat just sebab aku nak kamu semua jadi tukang ajak mengenal Tuhan, bukan jadi penghukum.
Cerita ni dalam few years ago, kejadian ni waktu first project kem yang dibuat khas untuk LGBT. Kau bayangkan kami buat camp untuk mereka, mereka buat camp untuk suka-suka. Antara intipati kem tu kenali diri dan sahsiah diri.
Beb, nak handle mereka ni bukan mudah. Kalau solat jemaah, berapa kerat je datang. Yang lain terjun sungai. Kami buat camp di Ulu Yam. Last day tu kami wajibkan semua untuk datang berjemaah. Tapi mostly yang datang waktu Isyak je. Kami satu team redho je. Sebab ini cabaran yang Tuhan bagi dekat kami.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ada seorang pondan tu, datang surau dengan yakin pakai telekung. Kau rasa? Terperanjat teruk volunteer perempuan. Volunteers lelaki pun terkejut. Kami dah habis fikir dan kami biarkan dia solat macam tu.
Atas advice team perempuan, dia solat between saf lelaki dan saf perempuan. Aku tak ingat apa yang mereka goreng dia, tapi dia setuju. Jadi, kami terus solat. Lepas solat pusing belakang semua participants hilang, yang tinggal volunteers and si dia. Comfirm participants semua terjun sungai sebab last day kan. So mereka berparti kat sungai aku rasa. Selepas zikir and time imam baca doa, tiba-tiba kami dengar bunyi orang menangis dan meraung. Dah suspen, kami toleh je.
Si pondan tu menangis meraung dan kami terus pergi ke arahnya. Takut la dia kena rasuk ke apa sebab dalam camp selalu dimomokkan dengan benda tu. Rupanya dia dapat hidayah Allah. Dia kata dia tak pernah rasa setenang dan senyaman tu dalam sujud. Meraung raung dia memohon ampun dekat Allah. Volunteers semua tak tau nak buat apa. So ustaz pergi bersila depan dia.
Yela, nak peluk or pegang tak boleh sebab nanti timbul fitnah, sebab dia bertelekung. Takut jugak orang nampak ke apa, jadi viral pulak nanti. Jadi masing-masing ambik insiatif pujuk dia. Pujuk punya pujuk punya pujuk, dia dah slow. Dia siap janji nak berubah.
Kami syukur. Atleast dalam 30 orang, ada seorang yang ingin berubah. Jadilah. Kami buat perjanjian akan pantau dan bantu. Maka, selebihnya kita serah pada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. A few days after camp, kami jumpa dia, dia kata dia nak balik kampung.
Lepas bertukar nombor telefon, dia pun balik kampung dan dia pun hilang. Kami cuba juga untuk mencari, tapi gagal. Selepas setahun, kami dapat khabar yang dia meninggal. Kami diminta ke kampung dia. Bayangkan orang tengah buat preparation nak sambung raya, dengan jalan jammed.
Dia meninggal seminggu sebelum raya, cukup-cukup seminggu. Selepas berbincang, kami pun decided, dua kereta yang akan pergi dan satu kereta lelaki, satu kereta perempuan. Dari KL, hujan lebat, sampai kampung arwah, tak hujan. Just mendung. Kami sampai agak lewat. Kami berbuka puasa di surau.
Selepas berbuka dan solat Maghrib, kami bertemu dengan orang yang hubungi kami. Beliau merupakan imam di kampung arwah. Aku tanya serba sedikit tentang punca kematian arwah. Arwah meninggal sewaktu hendak solat. Jatuh. Arwah meninggal sewaktu wudhuk masih basah dibadannya.
Waktu tu kami terus tanya macam-macam, tapi imam cakap,selepas terawih baru akan dia ceritakan semua. Kami pun dengan redho menunggu.
Selepas solat terawih, imam buat pengumuman,mana-mana pihak yang dapat manfaat sewaktu arwah tengah hidup, diminta tunggu. Kami agak terkejut sebab ramai juga yang tunggu. Waktu arwah balik ke kampung, arwah tak pernah disisihkan, walaupun dia bekas pondan malahan arwah didekati. Atas faktor keselamatan, arwah diminta untuk tukar nombor telefon. Sebab tu kami lost contact dengan arwah.
Sejak tu arwah bekerja dan hasil titik peluh dia, dia gajikan seorang ustaz dari tahfiz berdekatan untuk ajar anak-anak dan sesiapa je yg nak belajar Quran. Setiap malam Jumaat, arwah akan sediakan makanan untuk jamuan lepas bacaan yasin dan tahlil.
Arwah juga mengajar orang-orang kampung cara buat kek dan macam-macam jenis kek secara percuma untuk ibu-ibu tunggal di kampung setiap Sabtu. And arwah tak pernah tinggal solat Subuh, Maghrib dan Isyak di masjid.
Kami semua dah start sebak. Kami asalnya memikirkan tiada siapa yang nak uruskan jenazah seorang bekas pondan, rupanya orang kampung berlumba-lumba nak uruskan jenazah arwah. Dan arwah telah diusung oleh anak-anak tahfiz dalam keaadan cuaca yang mendung dan tenang.
Kami dapat tahu, arwah adalah salah seorang yang berjaya menghidupkan masjid dengan berjemaah di masjid, mengupah ustaz dan masak setiap hari Khamis malam Jumaat. Aku sendiri malu dengan diri sendiri.
Usai semua, kami pun pulang ke bandaraya KUALA LUMPUR. Sepanjang perjalanan kami semua diam dan fikir dua soalan je. Soalan ni aku nak kita fikir sama sama. Bagaimanakah pengakhiran kita? Adakah dirai atau ditangisi?
"Aku tidaklah mengajak kalian meraikan LGBT. Aku cuma hope kamu semua guide mereka mengenal Tuhan bukan jadi Tuhan dengan menghukum mereka. Bawalah mereka seiring. Ditarbiah bukan dibiar. Moga kita semua sentiasa berpeluang menjadi yang lebih baik.”
Sumber: FaizQayyuum
from The Reporter https://ift.tt/2udaH8g
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KM8Ilz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment