loading...

Wednesday, 11 July 2018

'Hilangnya nilai kasih sayang' - kata lelaki ini yang kemudian dikecam teruk oleh netizen


Kejadian yang menimpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin pada Isnin lalu menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo membidas perlantikan Mohamed Hanipa sebagai Timbalan Menteri yang didakwanya tidak layak kerana mengalami banyak masalah kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, ada netizen pula mengaitkan insiden yang berlaku dengan menyatakan hilangnya nilai kasih sayang Tun Mahathir  kerana membiarkan Hanipa terbaring begitu sahaja dan meneruskan ucapannya semasa perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM.

Seorang jururawat tampil memberikan penjelasan melalui statusnya di dalam Facebook. Neysah Pozzie menjelaskan, berdasarkan video asal, Tun Mahathir berhenti seketika memberikan ucapan selama dua hingga ke tiga minit bagi melihat situasi yang  berlaku.

“Ini cakap atas dasar kerja, bukan sebab sayang parti. Berdasarkan video asal, Tun M ada stop speech dia for 2-3 minutes sambil tengok scene collapse ni dari kedudukan microphone dia ke arah mangsa pengsan. Apa yang hilangnya nilai?" tulisnya. 

Dia juga menjelaskan cukup sekadar Timbalan Perdana Menteri dan juga pasukan penyelamat yang lain datang membantu mangsa. Ujarnya perkara yang paling asas jika kejadian ini berlaku, mereka mahukan ruang untuk menyelesaikan tugas.

"Cukuplah Dr Wan Azizah ada di situ dan pasukan penyelamat yang lain. Majlis tak stop pun crowd dah ramai keliling tu. Kalau stop?

"Saya seorang jururawat. Sememangnya kalau ada kes macam ni, perkara paling asas kami mahukan adalah ruang dan jangan ganggu kerja kami. Bayangkan kalau event dihentikan, ramai yang akan kerumun, belum lagi mata-mata manusia memerhati bersama kamera handphone di tangan. Semua ni adalah distractions besar dalam tugasan kami memberi bantuan kecemasan awal," jelasnya.  

Neysah juga memuji tindakan Tun Mahathir apabila beliau mengalihkan perhatian orang ramai daripada melihat dengan lebih dekat kejadian terbabit

"Mahathir seorang doktor, dia jelas akan perkara ini, maka saya salute apabila dia sambung event supaya boleh mengalih-arah fokus orang ramai daripada kejadian tersebut. Dua minit stop ucapan dah cukup untuk alertkan pasukan paramedik supaya respon kepada kejadian.

"Kami tak mahu 10 orang mengelilingi kami. Kami hanya mahukan kawasan lapang untuk bekerja. Plus, yang mana cakap kenapa tak angkat letak atas pentas, unless anda adalah paramedik, please jangan pandai-pandai alihkan mangsa dari tempat kejadian. Berhenti komentar terhadap sesuatu yang bukan bidang anda kerana ianya hanya menampakkan betapa dangkalnya mentaliti serta kelemahan anda," tulisnya. 

Seorang warga JPM turut menyatakan perkara sebenar di sebalik insiden tersebut dan membidaskan kritikan negatif netizen berkenaan.

“Assalamualaikum. Saya salah seorang warga JPM yang berada di sana ketika kejadian berlaku. Saya rasa amatlah tidak adil bagi tuan untuk menilai keseluruhan situasi berdasarkan hanya sekeping gambar.

"Adakah tuan ada di sana semasa YB Hanipa Maidin terjatuh? Adakah tuan tahu bahawa TPM Dr Wan Azizah, KSN Ali Hamsa dan menteri-menteri lain segera turun dari pentas bagi melihat keadaan YB Hanipa sejurus selepas kejadian berlaku?

"Hanya selepas petugas kesihatan tiba, barulah kesemua menteri naik semula atas pentas bagi meneruskan majlis. Itupun setelah petugas kesihatan berkata situasi dalam keadaan yang terkawal. Maaf, tuan tidak nampak sebegitu cerdik jika hanya pandai menilai sesuatu perkara berdasarkan persepsi yang sempit. Terima kasih dan semoga tuan dapat muhasabah diri," tulisnya.


from The Reporter https://ift.tt/2uoVW1t
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NEYqSp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...