loading...

Wednesday, 11 July 2018

'Gurauan saja, untuk uji kekuatan'


Susulan viral di media sosial klip video pelajar lelaki diikat dengan akar pokok yang dipercayai kes buli sebelum ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu hanyalah gurauan semata-mata sahaja. 

Pengarah JPN Negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, dalam kejadian jam dua petang Isnin lalu, pelajar tingkatan dua di sekolah di Kota Bharu itu dengan rela hati membiarkan dirinya diikat dengan akar pokok di sebatang pokok bagi menguji kekuatan dirinya memutuskan ikatan itu.

"Seorang pelajar dan seorang lagi bukan pelajar sekolah itu merakam video sebelum ditularkan oleh rakan yang tidak bersekolah itu,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Jelas Muhammad Zahari, pihak sekolah terus mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam klip video itu untuk mengetahui cerita sebenar, sebaik saja mengetahui penularan klip video tersebut di media sosial. 

Setelah mendapat penjelasan dari pelajar yang terlibat, pihak sekolah kemudian menghubungi Polis Perhubungan Sekolah untuk mengesahkan cerita sebenar dan menjelaskan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian itu. 

Bagaimanapun, perkara itu akan dibawa ke ke mesyuarat dan Pihak Lembaga Tatatertib sekolah akan memutuskan tindakan selanjutnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanudin Hassan, berkata kejadian berkenaan hanya gurauan sesama pelajar terbabit dan bukan kes buli. Namun ia tidak sepatutnya berlaku walaupun hanyalah berbentuk gurauan kerana boleh mencetuskan persepsi negatif pada pandangan umum.

“Kita lihat dalam video yang ditular itu seorang pelajar lelaki diikat dengan akar pada badannya di sebatang pokok.

“Jika tersilap langkah mungkin boleh memberi kesan termasuk kecederaan atau sebagainya pada pelajar terbabit,” katanya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2Jep40H
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zvUaS4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...