loading...

Wednesday 11 July 2018

'Bagos ke buat anak orang macam ni?' - Netizen


Viral di media sosial klip video seorang pelajar lelaki ditampar dengan kuat mencetus pelbagai reaksi netizen. 

Klip video yang dimuat naik Natrah Elysa di Facebooknya semalam mendakwa, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Klang, Selangor. 

"Bagos ke buat anak orang macam ni?" tulisnya dan video tersebut telah ditonton lebih dari 263,000 kali dan dikongsi lebih dari 4,300. 

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, lelaki berbaju hitam meminta pelajar berkenaan berdiri tegak sebelum memintanya ke kiri sedikit demi sedikit. 

Secara tiba-tiba, lelaki berbaju putih terus menampar pipi kanan pelajar terbabit. 

Sementara itu netizen meluahkan rasa kekesalan perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di sekolah dan ada cara lain untuk mendidik pelajar. 

Justeru netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya. 



from The Reporter https://ift.tt/2NJ2wJa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2m9g1VI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...