Peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Zhang, tidak puas hati selepas pelanggannya, Xiao Die, membuat aduan atas kelewatannya menghantar barangan yang telah dipesan pada 20 Disember lalu masih belum sampai ke rumahnya.
Difahamkan, Xiao Die membeli sehelai pakaian berharga 300 yuan dari laman Alibaba Taobao pada 20 Disember lalu ketika jualan penghabisan stok akhir tahun. Namun, barangan itu masih belum sampai ke alamat rumahnya selepas tiga hari sudah berlalu.
Kesal dengan kelewatan itu, Xiao Die kemudian membuat aduan kepada pihak Taobao dan tindakannya itu membuatkan rating peniaga terbabit jatuh 12 mata.
Berang dengan aduan yang diterima, Zhang kemudian mengambil keputusan untuk mencari pelanggannya itu dan mahu memberi pengajaran kepadanya. Malah Zhang sanggup menempuh perjalanan sejauh 852 kilometer untuk berjumpa dengan Xiao Die.
27 Disember, Zhang telah menemui pelanggannya itu lalu bertindak menyerangnya dengan memukul mangsa di bahagian muka, badan dan menolaknya sehingga terjatuh ke jalan raya. Beberapa orang awam turut menyaksikan kejadian itu, namun tiada sesiapa yang tampil untuk membantu mangsa mahupun menghalang suspek dari terus memukul mangsa.
Mangsa yang tidak berdaya melawan lelak iitu mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan, gegaran otak dan patah tulang sikit tangan kiri.
Xiao Die tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah pemilik kedai online tempatnya membeli pakaian tempoh hari. Katanya lelaki itu juga telah menghantar mesej berbentuk ugutan dan ancaman kepadanya pada 23 Disember, selepas dia membuat aduan berhubung kelewatan penghantaran barangnya.
from The Reporter http://ift.tt/2Dfxdkh
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qLYTe8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment