loading...

Friday, 26 January 2018

'Dia menangis dan meraung-raung, satu sekolah dengar' - Netizen puji tindakan pantas guru ini tangani kes murid patah tangan


Netizen puji tindakan pantas guru wanita ini menangani kes tangan muridnya patah akibat jatuh di dalam kelas. Meskipun SOP menyatakan guru tidak boleh membawa murid ke klinik/hospital, namun beliau yang kerisauan terus menghantar mangsa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Miri. 

Bukan hanya sekadar menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan, malah beliau turut berada di hospital memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku dan membantu ibu bapa mangsa sehingga mangsa selesai dirawat dan dibenarkan pulang. 

KALAU ikut SOP, guru memang tak boleh bawa murid ke klinik/hospital bila sakit, kan? Bagaimana jika ianya adalah kecemasan? Adakah kita hanya perlu duduk diam dan menghubungi ibu bapa murid? 

Saya memohon maaf sekiranya post saya hari ini akan menyebabkan pihak atasan/guru lain mengecam tindakan saya. 

Murid saya jatuh dalam kelas, obviously patah tangan, menangis, meraung-raung satu sekolah dengar. Sepantas kilat, guru angkat masuk kereta. Saya berlari mencapai fail surat beranak dan rekod kesihatan (jika perlu).



Cuba menghubungi ibu bapanya di rumah panjang yang kejap ada lina dan kejap tiada. Jarak rumah ke sekolah juga boleh tahan jauh. Itupun kalau kebetulan ada pengangkutan untuk mengambil anak dan bawa ke klinik. 

Atas dasar kemanusiaan, langgar SOP dan terus bawa murid ke klinik secepat mungkin. Doktor sahkan patah tangan, tetapi klinik tiada kemudahan untuk buat x-ray. Yang ada cuma di hospital yang jaraknya 90 kilometer.

Akhirnya saya dapat menghubungi ibu bapanya dan saya maklumkan kejadian itu. Mereka bergegas datang ke klinik. 

Selepas 20 minit kemudian mereka sampai. Saya terangkan apa yang berlaku dan M.A maklumkan anak mereka kena dibawa ke hospital juga. Jadi, saya kembali semula ke sekolah sementara ibu bapa menguruskan anak mereka ke hospital. 

Sampai di sekolah, perkara pertama yang saya lakukan ialah memanggil semua saksi kejadian. Kenapa? Kerana kita mahu win-win situation to all. Saya rekod pengakuan saksi, yang dituduh (which is akhirnya bukan salah dia). Cukup untuk bukti saya kepada ibu bapa dia nanti. 

Kemudian saya sediakan surat pengakuan murid dari pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan percuma, urus beg murid dan saya turun ke Miri dan terus ke hospital. 

Syukur, selepas tengok video, ibu bapa murid dah dapat tahu hal sebenar dan faham kepada situasi. Saya bantu ibu bapa murid untuk buat urusan x-ray, isi borang, jawab soalan doktor, tunggu sehingga semuanya selesai. 

I try my best to handle this case as positive as I can. Sebab kalau panik, boleh tersilap langkah juga. After all, saya juga:
  • Guru Disiplin
  • Guru bertugas hari Khamis
  • Guru kelas Tahun 6

Memang bukan tugas saya untuk menunggu di ruang kecemasan sehingga selesai semuanya. Tetapi saya juga bukan ada anak untuk saya uruskan kecuali kucing. My anak muridlah anak-anak saya. Risau saya hanya Allah yang tahu. 

Jam 11.30 malam, selesai. Selepas 12 jam saya uruskan semua, akhirnya selesai. Murid pun dah boleh balik rumah which is mengambil masa dua jam untuk sampai ke rumah panjang. 



Yang kata itu bukan kerja saya duduk dan uruskan sehingga habis kes itu, maaf, saya bukan dilahirkan untuk cikgu yang jenis lepas tangan. Kalau yang kenal saya, pasti tahu yang 'life' saya adalah untuk murid dan hal sekolah. 

Saya tidak kisah jika anda memilih jalan mudah untuk fikir "Saya nak selamat dari sebarang tindakan undang-undang and I choose not to care and tunggu parents uruskan semua" definitely, it's up to you. 

Terpulang kepada saya juga. Kalau saya nak duduk di ruang kecemasan 12 jam. Uruskan dari A ke Z. If they trust me enough to handle everything, they even respect me to any of my opinion and even minta pandangan what the best for their kids. Saya rasa semua itu sudah cukup untuk lupakan penat. 

Jadi kesimpulannya, murid tidak perlu dimasukkan besi ke dalam tangan. Syukur! Doktor sangat membantu dan baik terhadap kami. Malah mereka memohon maaf sebah buat kami menunggu lama. Thank you so much! 

Bawa balik dokumen slip MC and also discharge slip untuk claim insurans takaful. 

Kenapa saya hide muka murid saya? Sebab ianya privacy yang masih saya jaga. Just perlu tahu kisah, tak perlu saya explain detail siapa yang terlibat. I am very aware privacy murid saya. 

Sumber: Zetty Nedya


from The Reporter http://ift.tt/2EfbJEO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nguBff
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...