loading...

Saturday, 27 January 2018

(Video) 'Jomlah pergi, kawan aku cakap tempat tu seram...' - Banglo Seksyen 12


Kedegilan seorang rakan yang beria-ria mengajak mereka pergi melihat banglo yang dikatakan berhantu di Seksyen 12 itu mengundang padah apabila munculnya 'benda' yang tidak diingini di depan mata. Menyangka kejadian penampakan itu berakhir di situ, ternyata mereka tersilap apabila 'benda' itu mengekori dan menganggu mereka sehingga ke rumah rakan-rakan perempuan mereka.

Janganlah melakukan perkara yang sia-sia, kelak mengundang padah seperti apa yang berlaku pada sekumpulan pelajar universiti ini. Tiada keperluan untuk mencari makhluk berkenaan, sebaiknya jauhkan diri dan sentiasa berdoa kita dijauhkan dari makhluk itu dan dilindungiNya.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Peperiksaan akhir dah hampir tiba. Kelas pun dah tak banyaka kerana kebanyakan pensyarah sudah habiskan sebelum tiba study week. Yang tinggal hanya saki baki kelas yang pensyarah nak buat revision dan habiskan benda-benda penting sebelum peperiksaan akhir. 

Memandangkan waktu sudah suntuk, geng kelas aku memutuskan untuk buat study group, memandangkan perkongsian sesama insan ini amatlah dintutun dalam agama. Disebabkan masing-masaing malas nak masuk dalam kampus malam-malam buta, jadi lokasi paling hipster masa itu hanyalah di McDonalds yang sememangnya strategik untuk semua orang berkumpul. Lagipun tempat itu 24 jam dibuka dan tidak terlalu bising berbanding restoran mamak. 

Sedang aku sibuk mentelaah pelajaran, tiba-tiba. 

"Tok Moh, kau nak ikut kitorang tak?" Sara menjerit di telinga aku. 

"Aku belum pekak la nok. Hangpa nak ajak aku pi mana ni?" aku tengah meneliti past year question subjek International Finance meletakkan pen dan memberi perhatian pada Sara. 

"Jom pi tengok rumah hantu di Seksyen 12, nak? Kawan aku cakap tempat itu seram," kata Anip,  teman lelaki Sara yang duduk di sebelah buah hatinya. 

Budak dua orang ini memang perangai kadang-kadang gila sikit. Mula-mula saja acah berani, bila dah sampai dia punya penakut mengalahkan pondan. 

"Hangpa kalau nak cari tempat beromen, jangan ajak aku. Aku tak mau terlibat," kataku sambil disambut gelak tawa dari rakan-rakan yasng lain. 

Tidak sampai tiga saat, tiba-tiba kepala aku dihempuk dengan buku teks Sara. Aduh! Hilang 0.02% memori aku. Dia ini harap saja lawa tetapi tiada sifat kelembutan langsung. Tetapi begitulah cara kami bergurau dan mungkin itu yang merapatkan hubungan silaturrahim kami. 

Keesokannya kelas kitorang ada sampai jam 1 petang saja. Memandangkan petang dah tak ada kelas, kami memutuskan untuk buat study group petang saja. Di waktu malam bolehlah pergi merayau menjelajah isi dunia yang luas ini. 

Malam itu selepas habis bermain bowling, kami melepak mengisi perut yang sedia lapar. Sedang asyik aku melantak mi goreng mamak, Anip sekali lagi bersuara. 

"Weh! Jomlah kita pergi tengok rumah banglo besar yang orang kata ada hantu tu. Kita lalu depan saja. Lepas tu blah la," katanya. 

Aku angkat muka tengok semua orang. Yang setuju nak ikut hanya Sara dan Wawa saja. Wawa housemate Sara tetapi bilik lain-lain. Roomate Wawa, si Aya pula malas nak ikut sebab mengantuk dan mahu tidur katanya. Sara itu pun setuju ikut sebab si Anip yang beria-ria mengajak. 

Bagi mencukupkan korum satu kereta, maka aku diajak turut serta bersama mereka sebab mereka tahu aku jenis yang berani sikit bila bab-bab mistik ini. Sesuailah dengan nama gelaran Tok Moh yang senior bagi aku.

Malam itu leibh kurang jam 12.30 malam, kami naik kereta Anip untuk pergi ke lokasi angker yang digembar-gemburkan itu. Kawasan itu sebenarnya kawasan perumahan orang-orang kaya. Lot banglo besar-besar. Nak pergi ke arah rumah itu kena mendaki bukit kecil. Anip pandu perlahan saja memandangkan kami pun tidak pasti lokasi itu. 


Dalam sedang mencari itu, kami melalui sebuah banglo yang agak besar dan kosong. Rumah itu nampak agak mengerikan sikit (mungkin sebab waktu itu dah jam satu pagi) dan keadaan di sekeliling juga sunyi. 

Semasa lalu di kawasan itu, tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang saja. 

"Hah! Yang ini kot rumahnya," jerit Sara memecah kesunyian dalam kereta. 

Anip terus membrek secara mengejut di depan-depan rumah itu sehingga menyebabkan kepala aku terhantuk di dashboard sambil mencarut pada Anip. Si Anip boleh pula berhenti dan terjenguk-jenguk melihat rumah itu. 

"Weh! Ngeri juga tengok rumah ini. Tapi tak ada nampak apa-apa pun?" kata Wawa. 

"Awat? Hang nak suruh dia tunjuk muka depan hang ka?" dalam hati aku berkata. 

Tak sampai lima saat aku pusing kepala pandang ke depan, aku terus nampak perempuan berpakaian putih dengan rambut panjang menutup wajah berdiri benar-benar di hadapan kereta. Aku terus menjerit supaya Anip terus segera beredar dari situ. Budak bertiga ini terpinga-pinga melihat aku yang menjerit secara tiba-tiba. 

Rupa-rupanya hanya aku seorang saja yang nampak 'benda' itu. Anip pun membuat Pusingan U dan beredar dari situ. Dengan anak mata aku jeling rumah itu, aku perasan 'benda' itu berdiri saja di depan pagar besar rumah. 

Keluar dari kawasan itu, dalam hati aku memang menyumpan Anip sebab mengajak kami buat kerja gila ini. Anip, Sara dan Wawa tak berhenti gelakkan aku sebab diorang ingat aku penakut dan berhalusinasi. 

"Anip, nanti berhenti di stesen minyak jap, aku nak buat air," kata Wawa. 

Sampai di stesen minyak dah jam tiga pagi. Mujur stesen minyak tak kunci pintu tandas. Maka dapatlah Wawa melepaskan hajatnya yang sudah tidak mampu ditahannya lagi. 

15 minit selepas itu, Wawa pun sudah siap memerut dan kami meneruskan perjalanan pulang. Dalam hati memang aku mengeluh sebab motor aku ada di rumah Anip sebab aku tak balik rumah pun selepas study group. 

Dalam perjalanan itu, Wawa buka mulut. 

"Apasal kau menjerit tadi Tok Moh?" 

Aku pun menceritakan apa yang aku nampak sambil describa macam mana rupa 'benda' itu (okey yang ini aku tambah banyak sebab nak bagi diorang rasa ngeri). 

"Aku tak rasa apa pun? Ani dan Sara pun relaks je. Kau yang lebih sangat ni," kata Wawa. 

"Entahnya. Kitorang tak takut langsung," kata Anip disambut gelak tawa Sara. 

Dalam hati aku, minta-mintalah 'benda' itu datang depan diorang malam ini. Biar padan dengan muka. 

Sampai di depan rumah Sara, tiba-tiba nampak si Aya berlari keluar. jadi kitorang pun keluarlah berjumpa dengan Aya. 

"Hang ni dah kenapa? Buat half maraton kategori terbuka wanita ke malam-malam ini?" soal aku. 

Aya pandang aku buat muka semacam. 

"Apasal korang tinggalkan Wawa di stesen minyak tu? Dia call aku guna nombor telefon abang kerja di stesen minyak itu tadi sebab handphone dia tertinggal dalam kereta semasa dia pergi ke tandas," kata Aya. 

Masa itu muka aku, Sara dan Anip dah cuak. Kitorang pandang antara satu sama lain, baru perasan Wawa tak ada sekali. Terus masing-masing tengok dalam kereta. 'Benda' itu elok saja duduk di tempat duduk belakang. Sara pengsan di situ juga, Aya dah berlari masuk ke dalam rumah. Anip pula menyorok di belakang aku, sedangkan tadi dia tunjuk berani sangat. 

Masa 'benda' itu berpaling muka melihat ke arah aku, memang ngeri betul muka dia. Penuh dengan darah, nanah dan ulat. Terus aku ajak Anip angkat Sara bawa masuk ke dalam rumah. Masuk dalam rumah, aku tanya Aya. 

"Paseipa Wawa tak call je kami tadi? Dah jauh kot nak patah balik ambil dia?" 

Cerita Aya, "Balik lepak kedai mamak, aku tengok TV dan terus tidur. Dalam jam 3.30 pagi, tiba-tiba terima banyak call masuk. Aku tengok dari nombor yang tidak dikenali dan aku jawab. Selepas itu aku dengar suara Wawa dok memaki hamun korang sebab tinggalkan dia masa dia tengah sedap memerut di stesen minyak itu. 

"Telefon bimbit dia pula tertinggal dalam kereta sebab dia ingat nak buang hajat sekejap saja. Lagipun bateri telefon dia dah habis sebab dia tak sempat nak caj sebelum keluar. Mujur abang kerja di stesen minyak itu baik hati dan pinjamkan telefon dia. 

"Wawa pula tak ingat nombor telefon korang, mujur dia ingat nombor telefon aku. Baru je aku nak call korang, aku dengar bunyi kereta di luar. Sebab itu aku terus berlari ke arah korang tadi," jelas Aya. 

Aku tengok Anip dah berpeluh-peluh di tepi pintu. 

"Kita tunggu sampai azan subuh. Harap-harap dia dah tak ada dalam kereta hang." 

aku baca ayat Qursi dan sapukan air di muka Sara. Aku tengok muka dia memang sah tersampuk budak ini. Nampak Sara macam dah okey sikit aku suruh Anip jaga diorang memandangkan aku terpaksa pergi ambil Wawa di stesen minyak. Pilihan yang aku ada cuma pinjam skuter Aya sebab memang tobat lahom aku nak naik kereta Anip. 

Aku start enjin skuter dan terus pergi ke stesen minyak. Masa aku lalu belakang kereta Anip, aku perasan 'benda' itu masih setia duduk dalam kereta Anip. Terus aku pulas minyak blah pergi mengambil Wawa. Dalam hati aku berdoa saja supaya benda itu tidak menumpang aku pula. Sudahlah skuter ini boleh naik berdua saja. Kalau dia tumpang, macam mana aku nak bawa Wawa? Sudahlah helmet ini lebih saja saja, nanti tak pasal-pasal ditahan JPJ. 

Waktu ketika itu dah hampir jam lima pagi dan jalan masih agak lengang. Tiba-tiba aku rasa ada benda di sebelah ajak race. Aduh! Dahlah aku naik skuter MZ Mosquito saja, dia ajak race pula. Sampai habis aku pulas minyak dan benda itu steady saja di tepi aku. Mulut aku masa itu memang tak berhenti baca doa, dari ayat Qursi sampai doa masuk tandas habis semua aku baca. Benda itu tetap ada saja di sebelah (apa tidaknya, baca pun tajwid dah kelaut sebab takut sangat). 

Sampai di stesen minyak, aku perasan benda itu sudah tiada. Aku tengok Wawa duduk dalam stesen minyak bersama pekerja stesen berkenaan. Kasihan tengok dia tunggu di luar seornag diri. Masa aku ambil Wawa, bukan main mengamuk lagi minah itu. Segala mak nenek sumpahan semua keluar. Pekerja stesen itu siap gelak-gelak tengok aku kena marah. 

"Aku memang tak tahan betul sakit perut. Kalau boleh tahan, memang aku tahan saja sampai rumah. Mujurlah ada stesen minyak ini. Masuk saja tandas terus beradaptasi dengan suasana tandas ini. Sebab agak tak selesa memandangkan ini tandas stesen minyak. Aku tak sempatlah nak feeling-feeling memerut. 

"Dah nak selesai itu, aku baru saja nak siap-siap keluar dan terdengar bunyi kereta korang dah blah dari situ. Aku keluar tandas tengok korang dah gerak tak tunggu aku. Baru je nak call korang, teringat pula telefon tertinggal dalam kereta. Mujurlah Abang Man (pekerja stesen minyak) ini pinjamkan aku telefon dia.

"Aku call telefon aku terus masuk voicemail. Mungkin sebab dah kehabisan bateri. Nasib baik aku hafal nombor telefon Aya. Aku minta dia maki korang bagi pihak aku," kata Wawa.  

Aku nampak muka Wawa memang marah gila semasa bercerita. Bayangkanlah kalau korang pun ditinggalkan seperti itu di stesen minyak memang bagi penendang di bontot aku sekali. Aku pun terpaksalah menceritakan bagaimana benda itu terjadi. 

Habis saja aku bercerita, ternganga mulut Wawa bagaikan tidak percaya. Dia mati-mati aku sengaja buat-buat cerita. 

"Kalaulah aku menipu, hang ingat aku rajin pula nak datang ambil hang sejuk-sejuk naik skuter pagi-pagi buta ini? Baik aku balik rumah tidoq!" aku kata dan barulah Wawa percaya. 

Aku tumpang solat sekejap di stesen minyak sebelum bawa Wawa pualng. Badan dah letih dan mengantuk. Nak balik menghadap 'benda' itu dalam kereta Anip pula. Apalah malang nasib aku. Inilah bahana buat perkara sia-sia tanpa berfikir. 

Sampai di rumah Wawa, aku tengok enjin kereta Anip masih hidup. Aku buat-buat berani jenguk dalam kereta itu dan 'benda' itu dah tak ada. Syukur Alhamdulillah. Kitorang masuk dalam rumah nak tengok keadaan Sara. Badan dia lemah mungkin kerana terkejut. Tetapi dia nampak macam dah okey. Aku suruh dia bangun solat Subuh sementara waktu masih ada. Selepas itu aku suruh Wawa, Sara dan Aya baca yassin dan berdoa supaya dijauhkan perkara-perkra yang tidak diingini. 

Aku ajak Anip balik memandangkan badan aku memang penat betul. Sebelum balik, Wawa pula minta Anip ambilkan telefon bimbit dia yang tertinggal dalam kereta. Penat kami cari telefonnya tetapi tiada dalam kereta. Nak call nombor Wawa, bateri telefon dia pula dah habis. Memang sampai bila-bilalah tak berbunyi telefon dia itu. 

Selepas habis selongkar satu kereta, memang sah tak jumpa telefon itu. 

"Aku rasa telefon hang jatuh di stesen minyak kot? Entah-entah orang dah kutip," kata aku. 

Wawa memang yakin telefon dia ditinggalkan dalam kereta. Sebab dah lama sangat mencari, aku dan Anip minta diri balik dulu sebab badan dah terlalu letih. Anip pula aku tengok dah macam orang tak betul. Mungkin dia terkejut nampak 'benda' itu. Tetapi kami semapt berjanji dengan Wawa untuk mencari telefonnya nanti. 

Pagi itu aku tidur dari pagi sampai petang, aku cuma bangun selepas Zohor sebab perut lapar. Aku tengok telefon ada banyak panggilan tak berjawab dari Aya. Aku call Aya semula sebab bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada mereka bertiga dan panggilan aku dijawab oleh Wawa. 

"Weh Tok Moh! Aku call telefon aku tadi, ada bunyi tapi tak dijawab. Cuba kau call mana tahu kalau orang itu angkat pula," pinta Wawa. 

"Yelah, sat gi aku cuba call," kata aku dalam nada malas, yang sebenarnya aku penat. 

Selepas mandi dan makan dua keping roti kosong Gardenia yang ada di dapur, aku cuba menghubungi nombor telefon Wawa. Memang betul ada bunyi nada deringan cuma tidak dijawab. Aku cuba lagi beberapa kali tetapi tetap sama. Aku cuba pula hantar mesej (WhatsApp, WeChat, BBM, Telegram, Bigo bagai belum ada). 

"Assalamualaikum," mesej yang aku hantar. 

"............" mesej yang dibalas.

Mungkin dia bukan Islam agaknya, fikir aku dalam hati. 

"Saya kawan kepada pemilik telefon ini. Kalau boleh, nak minta u pulangkan balik handphone ini. Kami masih student, tiada duti nak beli telefon baru," mesej kedua aku hantar dalam nada cuba memujuknya agar insan itu berlembut hati memulangkan semula telefon itu.  

"Suruh kawan kau datang ambil di sini, aku tak boleh hantar," balasnya. 

Alhamdulillah, baik betul hati dia nak pulangkan balik. 

"U beritahu lokasi, nanti saya dan kawan jumpa u untuk ambil handphone itu," mesej ketiga aku hantar. 

Tiba-tiba masuk satu MMS dan dalam proses downloading. Bila aku buka saja gambar itu, aku nampak gambar umah banglo buruk yang kitorang pergi semalam. Tak semena-mena badan aku berpeluh. 

Tak sampai lima minit, terima satu lagi mesej. 

"Jadi datang tak? Aku tunggu malam ini ye.. " 

Petang itu juga aku terus pergi tukar nombor baru? Apa tidaknya, 'benda' itu dah tahu nombor telefon aku. Buatnya dia ajak aku main mesej setiap malam. Naya aku. 



from The Reporter http://ift.tt/2nfAPvP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DDb276
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...