loading...

Saturday, 27 January 2018

'Doakan Akif sembuh' - Kes pertama bayi demam panas sehingga menyebabkan 'Facial Nerve Palsy'


"...sekiranya anak anda mengalami demam, batuk atau selsema berpanjangan, terus bawa kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut," demikian nasihat wanita ini kepada golongan ibu bapa berikutan kes seorang bayi berusia 10 bulan mengalami Facial Nerve Palsy baru-baru ini. 

Ekoran itu, bayi yang dikenali sebagai Akif Hulaif, terpaksa mengambil steroid dalam masa dua minggu dan menjalani rawatan fisioterapi. Semoga menjadi peringatan untuk kita semua. 

KES pertama bayi mengalami demam panas sehingga menyebabkan 'Facial nerve Palsy'. 

Akif Hulaif, usia 10 bulan, dilahirkan secara normal. He is normal baby and he looks normal. Last week doktor diagnose Akif with 'right facial nerve palsy' atau bahasa lebih mudahnya ialah muka menjadi senget sebelah secara tiba-tiba. 

Sebenarnya penyakit ini hanya menyerang golongan dewasa sahaja. Doktor beritahu tiada lagi kes kanak-kanak yang diterima berkenaan Palsy di hospital tersebut setakat ini. Alahai, sedihnya. But I know you are strong baby. 

Pada awalnya Akif hanya demam biasa. Disebabkan anggota yang agak sensitif di bahagian muka seperti rongga mulut, telinga, hidung dan mata telah menyebabkan terdapat bendalir keluar melalui telinga. Mungkin juga disebabkan terlalu panas sehingga menyebabkan berlaku sedikit jangkitan pada saraf di mukanya. 

Kini Akif terpaksa mengambil steroid dalam masa dua minggu dan hanya menjalani rawatan fisioterapi. 

Akif yang sihat dan ceria sebelum diserang 'nerve palsy'

Aunty Uncle semua mohon doakan Akif Hulaif kembali sihat dan seperti sediakala.

Akif akan menangis bila ketawa. Maybe akan terasa sedikit sakit di muka. Kakak Nina selalu menghiburkan Akif
Mohon para ibu bapa semua, sekiranya anak anda mengalami demam, batuk atau selsema berpanjangan, terus bawa kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan dari dijangkiti kuman atau virus. 

Mohon jasa semua kawan-kawan yang membaca post ini mendoakan Akif Hulaif kembali sihat seperti sediakala. Saya halalkan jika mommies nak share post ini agar lebih ramai yang mendoakan dan ibu bapa alert tentang perubahn fizikal dan kesihatan anak-anak.

Terima kasih semua ☺️



from The Reporter http://ift.tt/2Fpm1RX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ngoFTr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...