loading...

Monday 15 January 2018

CCTV rakam remaja 14 tahun liwat lelaki OKU 30 tahun dalam masjid

Foto Hiasan
Polis menahan seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun yang dikatakan meliwat seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia pertengahan 30-an di dalam masjid. 

Remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu, selepas adik mangsa membuat laporan di Balai Polis Gemas pada awal pagi sebaik mendapat tahu kejadian berkenaan daripada seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek yang merupakan pelajar sekolah, sudah ditangkap dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan. 

"Manakala, mangsa pula telah dibawa ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan lanjut. 

"Berdasarkan siasatan, kejadian berkenaan diketahui AJK masjid selepas mangsa mengadu kepadanya ada mengalami sakit di bahagian punggung kerana kelakuan suspek," katanya semalam. 

Hamazah berkata, mangsa yang merupakan OKU masalah pembelajaran, menceritakan kepada AJK masjid mengenai perbuatan suspek menyuruhnya meniarap sebelum melakukan perbuatan sumbang itu.

Menurutnya, kejadian berkenaan baru pertama kali berlaku dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati, kejadian berlaku di dalam masjid jam 2.50 petang. 

Foto keratan akhbar tempatan - Cicicumel (Forum Cari)
"Mangsa mengadu merasa sakit dan suspek berpesan untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai insiden berkenaan serta mengambil duit mangsa sebanyak RM3. 

"Polis turut merampas barang kes berupa pakaian mangsa dan suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis. 

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2r61Ypr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DjPRtW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...