loading...

Monday, 22 January 2018

'Atas dunia encik makan duit haram, di akhirat nanti cari kami juga' - Rugi RM640 ditipu scammer bilik sewa


Hasrat seorang wanita yang mahu mencari bilik sewa berdekatan dengan tempat kerja musnah apabila dia menyedari bahawa dirinya telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bagaikan dipukau, mangsa membuat segala pembayaran yang dipinta oleh pemilik rumah sewa sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM640 dalam masa dua hari. 

Berhati-hatilah semua, jangan mudah terperdaya atau terpengaruh dengan iklan-iklan rumah atau bilik sewa yang melambak di internet. Juga jangan mudah membayar sebarang pembayaran tanpa datang dan melihat rumah itu sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

GAIS! Sila berhati-hati terutamanya golongan perempuan bila nak mencari bilik sewa di iBilik, okey? Area KL Gateway. 

Kawan saya baru saja kena scam dengan seorang lelaki ini. Rumah bilik memang cantik dan murah. Saya ceritakan agar orang lain tidak tertipu dan menjadi mangsa lelaki itu. 

Ceritanya, kawan saya tengah mencari bilik sewa yang berdekatan dengan tempat kerja dia. Kemudian dia menemui iklan bilik sewa ini. Jadi, dia pun menghubungi owner rumah ini. Ada dua nombor tetapi hanya salah satu saja yang ada WhatsApp. 


Kawan saya WhatsApp owner rumah itu, owner pula suruh kawan saya call dia terus. Tetapi kawan saya tak call sebab dia tengah berbincang dengan kawan dia, sebab diorang nak berkongsi bilik itu. 

Tiba-tiba owner rumah marah dan kata, "Terima kasih ye kerana main-main." 

Tidak lama selepas itu, dia WhatsApp kawan saya lagi dan maklumkan yang dia kena pergi outstation pada pertengahan bulan Februari. Sebab itu dia mencari penyewa yang bagus-bagus sahaja untuk jagakan kondo dia. Tambahan pula katanya, isteri dia sekarang tengah berpantang. 

Kawan saya pun call owner rumah untuk confirmation bilik itu. Kemudian lelaki itu kata kalau betul nak, bank in RM300 ke nombor akaun syarikat Ben Event Zone pada hari itu juga. Kawan saya pun bank in sebab dia memang nak bilik itu. 


Seperkara lagi, disebabkan owner rumah nak pergi outstation dan balik masa bulan Mei, jadi sewa bilik pun start bayar bulan Mei which is Februari, March and April cuma bayar bil air, elektrik dan Astro sahaja. 

Bila dah proceed RM300, tiba-tiba owner rumah kata kena bayar lagi RM160 untuk management fees yang mana lawyer dia akan buat agreement contract dan untuk access ID, thumbprint dan access parking. Kalau saya proceed juga bayar RM160 yang dipinta. 

Kemudian kawan saya dah dapat all the access ID semua dari owner rumah. Selepas itu kawan ambil keputusan untuk perig register thumbprint awal bulan Februari. 


Tapi, kawan saya dengan kawan dia yang nak berkongsi bilik itu tidak boleh pergi register thumbprint pada hari yang sama. Tiba-tiba owner rumah kata management tak boleh proceed yang seorang lagi punya register thumbprint. 

Jadi kawan kepada kawan saya itu kena bayar lagi RM300, kemudian baru boleh proceed. Pada masa ini, kawan saya dah kata yang diorang tak ada duit nak bayar jumlah itu. Kemudian owner itu kata RM180 pun dah okey sebab nak keluarkan resit saja. 

Sebelum itu dia siap cakap, "Demi Allah dan anak baru saya." 


Kawan saya pun proceed juga bayar RM180 yang dipinta. Tetapi RM180 itu dibayar terus ke akaun bank lawyer dia memandangkan waktu ketika itu dah jam lima petang. Tak habis di situ.


Malam itu, owner rumah WhatsApp kawan saya, dia offer bilik master room dengan harga medium room yang kawan saya nak duduk itu. Tetapi kena bayar RM125 seorang. Jadi, jumlah RM250 untuk dua orang. 

Kawan saya kata dia tidak boleh menerima tawaran itu memandangkan diorang dah tak ada duit. Tetapi owner rumah push juga. Dia kata RM50 pun okey, at least dia dapat keluarkan resit. Tapi tiba-tiba owner rumah beri kawan saya duduk master room dan tak perlu bayaran tambahan. 

Keesokan paginya, owner rumah WhatsApp kawan saya lagi, suruh cari bilik backup sebab di KL Gateway itu ada kes culik. Lepas itu tiba-tiba dia kata yang dia sebenarnya sudah bercerai. Sedangkan sebelum ini dia kata isteri dia tengah berpantang. 





Tak habis dengan itu, malam dia sambung pula. Dia push juga kawan saya untuk bayar juga sedangkan sudah berkali-kali kawan saya kata diorang dah tak ada duit. 





Tiba-tiba dia marah pula kawan saya sebab tak nak bayar. Siap ugut nak block kawan saya lagi, siap fedup bagai. 





Akhirnya dia block kawan saya. Bukan block di WhatsApp sahaja, call pun dia block juga. Total kawan saya habiskan, RM640. 



Kejadian ini berlaku dalam masa dua hari. Saya cerita bagi pihak kawan saya supaya orang lain dan tidak tertipu. Orang nak scam bukan setakat iPhone, online shop, tetapi bilik/rumah sewa pun orang buat. 

By the way, owner yang kononnya owner itu nama dia Encik Am atau Mohd Fizham Mohd Amin. Isteri atau bekas isteri dia itu nama Puan Hanis/Hanisah. Tak pasti dan nombor yang ada WhatsApp 016-3434363 dan 016-4343636. 

Ya, korang boleh kata kawan saya bodoh sebab percaya. Tetapi kita tidak tahu macam mana situasi itu. Even saya sebagai kawan dia pun tak tahu kenapa boleh jadi begini. Kejadian berlaku terlalu cepat. 

Kawan saya kata, itu bukan pertama kali dia deal dengan penyewa.Sebelum ini pun dia pernah je deal dan orang itu suruh bank in. Tetapi dia abaikan saja. Namun kali ini dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh ikut saja apa yang lelaki itu cakap. Seperti ada seseorang yang menyuruh dia berbuat demikian (mungkin pukau). 

Bila duit dah mencecah RM640, barulah dia tersedar. Kenapa sampai banyak itu dia boleh beri begitu sahaja dan selepas itu bila lelaki itu meminta duit lagi, baru dia boleh fikir kenapa perlu bayar lagi. That's why dia create bermacam-macam alasan sampai diblock lelaki itu. 

Saya ceritakan kejadian ini bukan nak meraih simpati atau apa. Saya cuma nak awak semua berhati-hati dan bila-bila masa saja semua ini boleh terjadi. Bukan masanya untuk kita nak salahkan sesiapa. Tetapi cukup untuk jadikan perkara ini sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita semua. 

Ramai orang salah anggap yang kawan saya macam salahkan pukau sehingga dia jadi begini. Kawan saya tak salahkan pukau, dia cuma berkata ada kemungkinan sahaja. Benda dah jadi dan dia tak salahkan sesiapa. Dia cuma nak orang sentiasa berhati-hati. 



from The Reporter http://ift.tt/2n3eEsA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2F4JkjY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...