loading...

Saturday, 20 January 2018

'Kadang-kadang bila hidup kita susah, jangan salahkan suami 100%' - 5 tahun pertama pasangan ini diuji dengan kesempitan hidup


Setiap pasangan suami isteri sama ada yang baru atau yang sudah lama berkahwin pasti akan diuji. Ketika itu kita akan dapat melihat siapa yang mampu bertahan atau sebaliknya. Jika gagal menempuhinya, pasti ada yang akan memilih jalan perpisahan. 

Tetapi tidak bagi pasangan ini yang sanggup susah san senang bersama. Biarpun hidup di ibu kota yang pesat membangun dengan gaji RM1,400, mereka tetap tabah dan mengharungi bersama keperitan hidup yang serba serbi itu. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak mengenal erti berputus asa, Alhamdulillah pasangan ini berjaya mengatasi kesempitan hidup. 

Jika dulu si suami bekerja sebagai kuli, kini dia telah membuka perniagaannya sendiri. Apa yang penting, si isterilah yang menjadi tulang belakangnya bersama dengannya di kala susah ataupun senang. Semoga menjadi contoh kepada pasangan yang lain. 

FASA lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah fasa yang paling perit di mana kita diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta. 

Sewaktu mula-mula menyewa rumah, kami mencari rumah flat di Kuala Lumpur yang kadar sewanya cuma RM550 sebulan. Waktu pertama kali saya masuk ke dalam rumah itu, rasa macam nak menangis pun ada kerana saya bukanlah berasal dari keluarga yang susah. Sejak dari kecil lagi mama bela memang cukup serba-serbi. Tetapi selepas kahwin kena berdikari sendiri. Jadi serba-serbi susah selepas kahwin. 

Sedih sangat, berbulan-bulan tidur di tilam tanpa katil. Itu pun tilam yang dibeli dari apek yang jual lelong-lelong tilam murah bawah flat. 

Anniversary di Sushi King pun dah rasa mewah gila. Waktu ini muka tak sememeh. Bibir pun gelap. Nasiblah husband bukan sayang sebab cantik semata-mata.

Gaji suami RM1,400 sahaja sewaktu dia bekerja di Animasia, as storyboard artist. Bayangkan di Kuala Lumpur, minyak dan tol sebulan saja dah RM600. Makan lagi, duit sewa rumah lagi. Sudahlah saya masih study di UiTM pada masa itu, mana cukup. Bila yang ini tak cukup, itu tak cukup, mulalah stress dan kemudian bergaduh. Tetapi lelaki ini sangat penyabar orangnya, ini yang sayang sangat. 

Dan yang peliknya, walaupun gaji suami RM1,400 itu tidak cukup untuk hidup di Kuala Lumpur, tetapi Allah cukupkan sentiasa. Alhamdulillah we survived the first five years even hari-hari bergaduh. 

Masuk 10 tahun bersama-sama (been together since 17, kahwin di usia 20 tahun dan sekarang sama-sama 28 tahun) Alhamdulillah Allah buka seluas-luasnya pintu rezeki untuk kami. Satu demi satu kejayaan kita capai bersama. Kadang-kadang tak percaya pula, dari hidup tak ada apa-apa, Allah bagi serba cukup sekarang. 

Saya pernah cakap pada suami, "Sayang dulu kita masuk Giant dengan duit RM100 saja nak belanja untuk barang makan rumah sebulan. Pilih brand murah-murah selagi boleh". Sedih bila teringat semula. Sekarang Alhamdulillah dah selesai masalah tak ada duit. 

"Tapi best juga dulu, awak selalu masak telur makan dengan kicap. Sekarang awak asyik masak western pelik-pelik. Tak selera betul," katanya. 

CAITTT! 😂😂😂


Kuncinya adalah sabar, sabar dan sabar. Nak marah pun sabar, nak gaduh pun sabar. 

Perkahwinan mana yang sentiasa manis-manis? Yang penting kena ada give and take dalam hubungan. Kita sama-sama ada kekurangan, jadi jangan menerima kelebihan pasangan kita sahaja, cintai juga kelemahan mereka. We complete each other. 

Untuk para isteri di luar sana, kadang-kadang bila hidup kita susah, jangan salahkan suami 100%. Percayalah mereka sudah melakukan yang terbaik untuk rumah tangga bersama. Jadi tidak salah kalau kita bantu suami kita dengan ada pendapatan sendiri. Lama kelamaan pintu rezeki akan terbuka satu demi satu untuk keluarga kita. InshaAllah. 

Sumber: WN Syuhada


from The Reporter http://ift.tt/2DyBdPy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mYsEUv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...