loading...

Sunday, 14 January 2018

'Tak apa Man, tak payah menangis' - Netizen puji usaha cikgu ini bantu murid Tahun 1 yang menangis selepas terberak dalam seluar


Tersentuh membaca coretan guru lelaki ini, malah netizen juga memuji usaha dia dan rakan-rakan sejawatnya yang juga tampil membantu murid tahun satu ini terberak dalam seluar sehingga menyebabkan pakaiannya kotor.

Bagi guru-guru berkenaan, mereka faham benar bila berlaku situasi seperti ini. Ini kerana mereka membayangkan jika anak-anak mereka yang berada di situasi ini. Tak tergamak hati nak biarkan, apatah lagi nak memarahinya. 

Apa yang guru-guru ini harapkan, golongan ibu bapa menghargai pengorbanan mereka yang bukan hanya sekadar mendidik, tetapi juga menjadi 'ibu bapa' kedua bagi anak-anak mereka bila berada di sekolah. Semoga bermanfaat.


TADI di sekolah, ada seorang anak murid Melayu Tahun 1, waktu rehat, duduk dalam bilik air menangis teresak-esak. Masa itu ramai murid-murid lain keluar masuk tandas. Jadi, cikgu-cikgu di situ beritahu, murid berkenaan terberak dalam seluar, habis kena baju dan seluar dia. 

Saya dan Cikgu Zul serta seorang lagi Cikgu berbangsa Cina cuba membantu menyelesaikan masalah murid berkenaan. Alhamdulillah, ada juga baju spare di sekolah, baju t-shirt serta seluar pendek. Alhamdulillah, cikgu-cikgu yang lain juga turut membantu. 

Saya dan Cikgu Zul masa itu sama-sama memujuk murid berkenaan supaya tidak menangis. 

"Tak apa Man (bukan nama sebenar). Tak payah menangis ye, bukan ada apa-apa pun. Sekarang Man masuk ke tandas, buka baju semua, bersihkan badan Man. Nanti dah habis, keluar tukar baju lain ye. 

"Nanti baju yang kotor semua letak dalam plastik ini. Cikgu letakkan di sini. Ayah datang nanti, jangan lupa ye, ambil baju ini bawa balik," 


Sambil-sambil menunggu murid berkenaan membersihkan diri, saya dan Cikgu Zul berborak seketika. Budak ini menangis bukan sebab apa, sebab dia malu dan takut kena marah. 

"Itulah, kita pun ada anak besar begini. Kita kena bayangkan kalau anak kita sendiri di sekolah dan jadi begini. Mesti dia pun akan rasa sama seperti apa yang budak ini rasa. Betul tak?" tambah Cikgu Zul.

"Yelah, betul tu. Sebab itu kita kena anggap anak-anak murid kita ini sama seperti anak-anak kita sendiri. Kalau kita buat baik pada anak-anak orang, inshaAllah kita juga akan dibalas begitu," jawab saya. 

Saya masih ingat, dulu semasa di sekolah lama, kes murid berak dalam kelas juga. Waktu itu memang saya sendiri yang uruskan, basuh, bersihkan dia dan bersihkan pakaian dia luar dan dalam. Selesai semua, saya temankan dia makan sebab dia memang belum makan lagi. Masa makan itu, dia jamah dua tiga suap saja.

"Kenapa sikit je makan? Takpe, kamu makan saja banyak-banyak. Tak payah takut, cikgu tak marah kamu tak masuk kelas lagi sebab cikgu kelas kamu dah tahu tadi kamu belum makan lagi. Jadi kamu makan saja ye.

Lagipun, kasihan pada mak kamu bagi bekal bihun ini. Nanti balik, sediah dia tengok kamu makan sikit saja, tak habis. Mesti dia sedih kan?" kata saya. 


Kemudian dia buka semula penutup makanannya dan teruskan makan. Alhamdulillah, selepas selesai itu, saya suruh dia masuk kelas seperti biasa. 

Yelah, mereka masih kecil, sama seperti anak-anak kita di rumah. Jadi di sekolah, guru-gurulah ibu bapa mereka. Harap-harap ibu bapa di luar, tak banyak, sedikit pun tak apa, hargai guru-guru di sekolah ye. Kalau ada tersalah silap sikit dalam mendidik anak-anak anda, maafkanlah kami. Kalau boleh bincang dan selesaikan baik-baik di sekolah, boleh kan?



from The Reporter http://ift.tt/2D3ur0J
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FDaCig
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...