Berat mata memandang, lagi berat kesakitan yang ditanggung oleh adik Arissa. Ketika kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira menjalankan aktiviti seharian, Arissa hanya terbaring lemah. Zaman kanak-kanaknya telah direntap oleh penyakit kanser, Bilateral Retinoblastoma (sejenis kanser mata).
Melihat keadaan Arissa, seharusnya kita bersyukur diberikan nikmat kesihatan, makan dan minum kerana hidup kita seringkali ada sungutan yang melebihi erti bersyukur.
SEMALAM 20/1/2018 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya singgah di Maran untuk menjenguk Arissa. Pilu melihat Arissa, terbaring dalam kelambu yang dipasang untuk mengelakkan lalat menghurung wajahnya. Keadaannya kurus, hanya tulang-tulang. Chemoport yang masih tertanam di dadanya amat jelas kelihatan, terbonjol menolak kulitnya.
Dia ingin makan, meminta ibunya membelikannya KFC. Dia sukakan french fries. Saya lihat ibunya membantu dia duduk, memang keadaan dia sangat lemah. Sudah seminggu dia tidak boleh makan kerana ketumbuhan di dalam mulutnya yang sudah menghalang laluan makanan.
Pun begitu, dia masih mencuba menolak fries masuk ke dalam mulutnya. Dia melakukan itu sendiri kerana mungkin hanya dia yang datang merasakan bahagian mana yang sakit, bahagian mana yang masih boleh bersentuhan dengan makanan yang cuba ditelannya.
Tidak sampai dua fries, akhirnya dia terpaksa mengalah. Meminta untuk minum air pula, cuba menyedut air menggunakan straw tetapi air itu hanya naik separuh. Segera ayahnya memotong straw menjadi dua bahagian pendek, barulah masuk air yang disedutnya itu.
Sungguh luluh hati melihat keadaan dia. Saya cuba mengusap rambutnya. Itu yang paling mampu saya lakukan untuknya. Dia merengek, membantah tangan asing menyentuhnya. Mengingatkan saya pada Ijjat saya yang juga tidak suka pada orang-orang yang tidak dikenali.
Namun dia alert, cerdas dan bijak. Bila dia mendengar bunyi sudu dan pinggan sewaktu saya makan mee yang dihidangkan keluarganya, dia bertanya.
"Auntie makan apa?"
Sungguh luluh perasaan untuk memberi jawapan. Ketika dia sudah tidak lagi mampu memasukkan makanan ke dalam mulutnya sendiri.
Arissa, saya tidak tahu selama manakah dia akan mampu bertahan lagi oleh ganasnya kanser yang menyerang tubuh kecilnya. Getir ujianmu, anak. Dan begitu hancur hati apabila mengingatkan betapa kita sudah tidak lagi mampu untuk melakukan apa-apa untuknya. Untuk meringankan sedikit azab yang ditanggungnya.
Saya hanyalah mata yang memandang, tidak mampu saya bayangkan perasaan ibu dan ayahnya yang melalui ini semua bersama Arissa. Dan apatah lagi untuk membayangkan apa yang dirasa dan dilalui Arissa sendiri. Sungguh ianya di luar imaginasi.
Maaf jika saya menganggu emosi sesiapa dengan gambar-gambar ini. Tetapi inilah hakikat kanser. Tidak perlu kita berpura-pura mengatakan everything is okay or going to be okay. Dengan kanser, nothing is okay. Kanser boleh menjadi sejahat ini.
Yang penting ialah awareness. Kesedaran dan pentingnya pengesanan awal. Ianya boleh terkena pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Bagi yang sudi menyumbang sebagai tanda bersimpati kepada Arissa dan keluarganya, saya sertakan di sini nombor akaun ibunya. Untuk makluman, kedua-dua ibu bapa Arissa bergilir-gilir mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Arissa.
7618002751 CIMB
Rosmaniza salleh (ibu)
104068164068 Maybank
Rosmaniza
162263129718 Maybank
Norimi Fazil b. Shamshuddin. (ayah)
(Arissa ialah pengidap Bilateral Retinoblastoma, sejenis kanser mata).
Sumber: Wan Shahriza
from The Reporter http://ift.tt/2F1ZgDl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n0UXRv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment