Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.40 malam Sabtu lalu di Plaza Lokasari, Tamansari, Jakarta Barat, mangsa, Susiana Gautama, ditetak oleh suspek, Suwarno, dengan sebilah parang.
Kejadian itu dirakam dengan jelas oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggan premis berkenaan bertempiaran lari selepas suspek datang menyerbu dan menyerang mangsa dengan parang.
Ketika kejadian itu berlaku, tiada seorang pun individu yang tampil membantu mangsa yang ditetak bertubi-tubi oleh suspek sehingga hampir putus tangan kiri.
Tidak beberapa lama kemudian, seorang pengawal keselamatan datang ke lokasi kejadian dan menenangkan suspek dari terus bertindak agresif.
Siasatan awal mendapati, suspek berang dan mengamuk kerana barang yang dipesannya, 'casing' telefon bimbit' dari mangsa selama dua minggu yang lalu masih belum sampai ke tangannya.
from The Reporter http://ift.tt/2mWumoC
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n1pHSj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment