loading...

Monday, 15 January 2018

'Okay, sorry I delete. Sorry, no police' - Kantoi rakam gambar anak orang, Mat Bangla rayu si ibu jangan lapor polis


Seorang wanita terkejut apabila seorang lelaki warga asing merakam gambar anak perempuannya di sebuah pasar raya di Kulim, Kedah. Bimbang anak menjadi mangsa pedofilia, wanita berkenaan kemudian dengan beraninya berdepan dengan lelaki terbabit yang datang bersama beberapa rakannya dan meminta dia membuka galeri gambar dalam telefon bimbitnya. 

Sebaik saja dibuka, alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati memang benar ada gambar anaknya dirakam lelaki terbabit, sebelum meminta lelaki itu membuang gambar-gambar anaknya. Dalam masa yang sama, si ibu juga ternampak ada beberapa gambar kanak-kanak yang lain. 

DENGAN nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani. Post kali ini mungkin panjang sikit. Tetapi inilah kejadian yang berlaku kepada saya ketika membeli belah di Tesco Kulim, Kedah, 15 Januari pada waktu lebih kurang jam 9 malam. Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. harap anda semua membaca post ini sehingga habis sebelum komen. Dilarang memaki hamun dan sila share post ini jika rasa berguna. 

Saya dan Layla Salikin, kakak ipar Zadariah Zakaria berserta anak tiga orang, mak ke Tesco Kulim, nak membeli diapers yang sedang dijual dengan harga murah. Sampai di Tecso, saya melintas di kawasan baju kanak-kanak yang juga sedang menawarkan jualan murah. Mak dah pergi ke bahagian ikan, ayam dan lain-lain. Tinggal saya, Layla dan anak saudara, Zahra. 

Sedang saya tengah asyik memilih seluar untuk Layla, mata saya terpana pada lima hingga enam orang lelaki warga Bangladesh. Salah seorang daripada mereka sibuk merakam gambar Layla (saya agak saja masa tu sebab kamera handphone beliau menghala ke arah Layla). Bergetar badan ini, mereka ramai dan saya pula seorang diri. 

Saya gagahkan diri dan bertanya dalam nada marah, "Buat apa?!". Mereka mula menjauhkan diri. Saya tolak troli dan ikut sambil jari menunding dan beri isyarat memanggil mereka ke mari dengan mulut saya lantang berkata, "Open camera gallery, delete. I call police." 

Dan lelaki Bangla yang pegang handphone tadi patah balik dan datang ke arah saya. Yang lain sudah tidak senang duduk dan ushar panas. Lelaki itu buka galeri gambar dalam handphonenya dan ada gambar Layla Salikin! Dan saya perasan ada banyak lagi gambar seperti gambar budak-budak! 

Dia buang semua gambar Layla sambil mulutnya tidak berhenti berkata, "Okay, delete, delete, delete. Sorry, sorry. I don't know. Sorry, no police." 

Allah, gais, ampa rasa? Saya ketaq segala-galanya. Saya pergi cari mak dan kakak ipar dan ceritakan apa yang berlaku. Saya bertekad nak maklumkan kejadian itu kepada pihak Tesco. Saya nampak dua orang kakitangannya di bahagian keju, tetapi mereka tak layan. Mereka suruh saya pergi ke bahagian khidmat pelanggan sebab manager ada di situ. Seriuslah bhai? 

Saya call suami, Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Ohtman Arshad dan beritahu semua yang berlaku tadi. Saya teruskan ambil apa yang saya mahu dan masih nampak segerombolan lelaki Bangla itu masih berlegar-legar dengan tangan salah seorang daripadanya masih memegang handphone. 

Saya buat bayaran, pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan ceritakan kejadian itu. Kakitangannya pula kata, "Okay, kami akan berhati-hati.". What? Itu saja? Tak nak tanya saya ke lelaki yang mana? (segerombolan lelaki Bangla itu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa)

Demmit! Celaru. Ikut mak dan kakak ipar yang menunggu di food court. Segerombolan lelaki itu tadi lalu dan berhenti di kedai cermin mata sambil menerai. Saya rakam gambar mereka. Mereka perasan dan bercakap sesama sendiri. Saya buat-buat cakap di handphone dan mereka menunggu lama di situ. Saya tunggu abang Syakiri Ismail di food court itu. Abang saya datang, bagi anak main-main dulu, baru turun ke parking. 


Turun parking, abang polis tunggu di kereta dah nak ambil keterangan. Saya tunjuk gambar yang saya sempat rakam tadi. Tetapi bak kata abang polis, tak boleh buat apa-apa sebab segerombolan lelaki Bangla itu sudah balik. Allah. 

Gais out there, parents out there, maaf. Entah kenapa saya tak suruh saja makhluk itu delete semua gambar budak-budak yang ada di dalam handphonenya. Maaf, saya sangat blur pada masa itu. Entah dari mana saya dapat kekuatan untuk menghampiri mereka pada awal kejadian. 

Please, sambil kita mencuci mata, rupa-rupanya ada yang 'curi' (cahaya) mata kita. Dalam kes ini, Alhamdulillah saya terberani dan Alhamdulillah segerombolan lelaki Bangla itu tidak mengganas. Itu saja yang saya nak beritahu. 

Abang polis kata, "Kita takut kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik.". Abang polis sangat frust sebab segerombolan lelaki Bangla itu sudah tiada di tempat kejadian. Nothing to do. 


Terima kasih pihak Tesco sebab tolong call abang polis. Tetapi kakitangan anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sebab call polis juga. Sayang, lain kali jangan kalut sangat. Huhuhu! Takut anak kita, abang polis dok tunggu di kereta. Ramai pula tu. Yang mata-mata, yang berseragam, yang bermotor besar. 

Masa saya taip ini pun saya masih ketaq. Layla Salikin dah tidur. Kalau rasa penting, sila share. Tolonglah semua, beringat, beringat dan beringat. Alhamdulillah mata saya dapat menangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Sumber: Siti Umairah

Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling serta tidak membiarkan anak bermain sendirian tanpa diawasi. Bukan mahu mewujudkan persepsi buruk terhadap warga asing (warga Bangladesh) tetapi, sebaik-baiknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 


from The Reporter http://ift.tt/2B37lW9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DjBDJn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...