loading...

Monday, 29 January 2018

'Menangis tak bersuara Furqan menahan sakit'


Gara-gara percaya dan mengikut saja saranan dari mereka yang bukan pakar dalam perubatan, bayi ini yang menjadi mangsa kejahilan ibu bapanya. Namun mujur ibu bapanya cepat tersedar dan membawa bayi mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. 

Bagi si ibu, meskipun anaknya semakin pulih, namun penyesalan di hati masih berbekas dan tidak teringin perkara yang sama berulang. Malah beliau menyeru ibu bapa di luar sana tidak memandai-mandai dalam soal kesihatan bayi yang bimbang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. 

TAK TAHU nak share macam mana kisah yang berlaku pada diri sendiri. Tetapi harapnya kisah ini akan dibaca dan diambil pengajaran.

Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yang dinamakan Muhammad Furqan Muhammad Luqman. Subhanallah, bersih sekali wajah anak tanpa dosa.

Hari kedua di rumah, nurse datang cek jaundice baby. Alhamdulilah semua okey. Tapi baby tak berak. Well, parent rasanya dah boleh risau kalau dah 4-5 hari baby tak berak. Yang kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan, mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby setiap malam. Tetapi tetap tak berak.

Saya tambah satu pic untuk yakinkan bahawa baby tidak perlu apa-apa makanan bawah 6 bulan. Susu ibu saja dah jadi chubby.
Keesokan harinya terus pergi ke Klinik Lily which is klinik tempat Furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang dan luka jahitan terasa sakit serta ngilunya lagi,  jadi ayah Furqan ditemani Tokmi Furqan pergi ke klinik. Diringkaskan cerita, doktor beri ubat berak yang dimasukkan melalui punggung. Terus dalam kereta baby berak penuh satu pampers. Alhamdulillah, lega ibu.

Tetapi kesedihan dan kebimbangan ibu bapa muda yang baru menimang anak pertama tidak habis di sini saja. Jaundice Furqan semakin tinggi, bacaannya sudah mencecah 180+, kalau tak silap saya pada masa itu. Menangislah ibu risaukan anaknya kena ambil darah bagai. Tambah-tambah bila baca keburukan jaundice pada baby boleh memberi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Di sinilah bermulanya episod mencari penawar untuk jaundice Furqan. Setiap tiga hari mesti pergi ke klinik periksa bacaan jaundice.

Ramai yang sarankan bagi Furqan minum air perahan anggur, sengkuang cina semua itu. Ini semua cadangan dari orang-orang tua yang katanya penuh ilmu kebidanan. Ada yang suruh campur dengan susu kambing asli. You know what, nak anak sihat tetapi tiada ilmu dan ikut saja telunjuk orang. Orang kata A, kita pun ikut A. Orang kata B, kita pun ikut B. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak kecil yang baru membuka mata melihat dunia. 

Sebagai ibu, sudah pasti sampai sekarang saya masih rasa bodoh dan bersalah kerana menyebabkan anak saya sendiri sakit dan warded. Tahu apa yang terjadi selepas saya berikan semua itu? Baby berak berdarah, satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yang baru lahir hanya boleh hadam susu ibu sahaja. Tak boleh diberi minum benda lain. Malah susu formula pun kena yang betul-betul untuk bayi baru lahir. Tak boleh beri susu formula untuk bayi berusia enam bulan ke atas. 

Ini bukan kisah Furqan. Saya ambil kebetulan kisahnya lebih kurang sama. Furqan ada doktor suggest untuk operate. Tetapi kuasa Allah menyelamatkan semua.
Usus Furqan luka disebabkan semua benda yang saya bagi even setitik dua titik. Lagi bertambah hilang akal apabila baby berak berdarah. Hari itu juga suami bawa Furqan pergi ke klinik dan klinik buat surat untuk masukkan Furqan ke hospital HRPZ. 

Suami WhatsApp beritahu baby dimasukkan ke hospital dan minta saya siapkan semua pakaiannya. Menangislah untuk sekian kalinya. Dengan jahitan yang masih belum kering sepenuhnya, sebab saya third tears degree memang tak boleh duduk. Hanya boleh baring dan jalan. Demi anak, saya gagahkan juga diri ini. 

Seperti yang dijangka, semua yang saya takutkan di hospital, berlaku di depan mata. Sekelip mata sudah berada dalam wad baby. First masuk baby kena x-ray dan diambil darahnya dari kaki. Furqan anak yang sanagat baik. Di antara puluhan baby dalam wad itu, Furqan langsung tidak menangis dan dia diam sahaja. Ibu tatap anak ibu dengan sebak, tiba-tiba menangis pula bilamana penyesalan melanda diri. 

Furqan dan ayah time dalam wad baby. Sebelah tangan dah ada jarum.
Di antara ibu-ibu yang berada di dalam itu, rasanya saya paling aktif, tidak pernah meninggalkan Furqan walaupun nurse suruh masuk bilik dan tinggalkan baby. Memang tidaklah, saya tercegat di situ dan menunggu baby bangun tidur. Tetapi Furqan ini sejenis yang tidak boleh mendengar bunyi walaupun sikit. Mesti tak boleh tidur. 

Waktu terasa lambat berlalu, suami pula hanya boleh masuk pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dalam lima hari berada di hospital, macam-macam yang berlaku pada Furqan. Pengalaman pahit yang saya takkan pernah lupakan. Kalau diingatkan semula, menitis air mata ini. Ibu terasa mahu saja menjerit-jerit dan minta maaf kerana disebabkan kejahilan ibu menjadikan anak ibu mangsa keadaan. 

Tangan Furqan membengkak disebabkan kecuaian staff di situ. Mesin tidak beroperasi dengan baik. Saya pula yang kalut mencari nurse yang bertugas. Mesin antibiotik Furqan tersangkut dan bunyi beeping kuat sangat sehingga menganggu bayi-bayi yang lain nak tidur. 

Dua kali tukar mesin tetapi tidak menjadi. Akhirnya nurse tolak syringe yang besar gedabak itu masukkan terus. Apa lagi, menangis tak bersuara Furqan menahan sakit. Saya juga turut menangis. Keesokan harinya, tangan Furqan membengkak. Saya hanya tidur 2-3 jam sehari. Semalaman saja terlelap dan ada doktor datang ambil Furqan tanpa memberitahu saya sepatah. 

Furqan dihantar semula kepada saya dengna baju hijau hospital yang penuh dengan darah. Sebelum itu saya dengar saja suara Furqan menangis kuat, mungkin doktor tengah mengambil darahnya. Betullah, di tangan baby dah lebam-lebam. Saya ambil baju baby dalam almari hospital dan tukarkan pakaiannya. Hari itu saya nekad untuk membawa baby keluar. 

Actually, masuk hari kedua Furqan sudah tidak berak berdarah. Doktor pakar datang follow up setiap hari, dah tak ada apa-apa masalah. Cuma diorang masih nak ambil darah dan pantau. Selama saya berada di situ, selalu tenangkan hati. Pergi meronda-ronda tengok baby yang jauh lagi sakit dari Furqan. Ada makcik yang sebiki dengan saya pun sudah tiga bulan berada di hospital itu. Well, dia lebih tabah. 

Alhamdulillah. Dh setahun lebih. Membesar dengan kuat dan sihat
Kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hati. Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Rujuk dengan pihak hospital. Jaundice majoriti bayi ada, jangan panik dan cepat risau. Ikut nasihat doktor. By the way, Furqan prolong jaundice. Dua bulan kuningnya masih belum hilang. 

Begitu juga dengan resdung ada ulat. No! Resdung tak ada ulat, jangan mudah tertipu pergi sedut asap merata-rata. And I? I am ready for the second, inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting. 

Jika bermanfaat, tekan share agar ibu bapa tidak terikut-ikut dengan cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada baby kita.

Sumber: RDA Aurora


from The Reporter http://ift.tt/2BE9nMA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DN2O0f
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...