Pam memilih menggunakan khidmat seorang jurugambar wanita usia pertengahan tahun untuk merakam gambar keluarganya yang terdiri dari dirinya, suami, dua orang anak lelakinya serta ibu mertuanya dengan bayaran US$250 (RM988.75) pada Mei 2017.
"Okey, ini bukan gurauan. Kami membayar seorang jurugambar (wanita) yang mendakwa dirinya profesional, $250 untuk merakam gambar keluarga," tulisnya.
Khamis lalu, Pam telah menerima bungkusan yang dihantar oleh jurugambar berkenaan hasil-hasil gambar yang dirakam berserta dengan sekeping cakera padat.
"Lihatlah hasil gambar-gambar yang dia hantarkan kepada kami. Dia kata, bayang-bayang di wajah kami agak teruk pada hari yang indah dan cerah itu, malah dia kata profesornya tidak pernah mengajar dia untuk menyunting gambar.
"Jangan ragu-ragu kongsi gambar-gambar ini. Saya dah lama, bertahun-tahun tak pernah ketawa teruk sebegini. Sekali lagi, ini bukan gurauan," tulisnya di Facebook yang kini telah dikongsi lebih dari 391,311 pengguna Facebook.
Walau bagaimanapun, Pam meminta jurugambar itu memberikan gambar-gambar yang belum disunting dan tidak berniat mahu meminta wangnya dikembalikan.
from The Reporter http://ift.tt/2mHJwyR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2D9kiPR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment