Viral di media sosial, gambar-gambar sebuah kelas yang dihias dengan begitu cantik dan kemas, menarik perhatian netizen. Apatah lagi, cikgunya yang dikatakan terlalu kacak.
Gambar yang dimuat naik oleh cikgu prasekolah, Cikgu Mohd Azwal Derani itu sejak lima jam yang lalu telah dikongsi 2,654 kali di laman Facebook.
"Your classroom is so beautiful. I am sure the pupils enjoy coming to school to learn from you. Keep it up, sir!" - Ellena Chai
"Perfect combination. Kelas dan cikgu yang hensem. Boleh tak nak jadi anak murid cikgu? Hahaha! Ada yang mak-mak budak masuk sekolah belajar dalam kelas. Banyak daya tarikan." - Asmawati Selamat
"What an effort of a teacher. A big clap to all the struggle work and creative mind just to make the students feel comfortable and welcomed." - Yati Hadi
Berdasarkan maklumat dari blog Cikgu Hailmi, Flipped Classrom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka, waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.
Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan? Tidak ada strutuk khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom.
from The Reporter http://ift.tt/2DdvEWn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DwyVOu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment