loading...

Tuesday, 16 January 2018

Berang barang kemas hilang, ibu libas 3 anaknya dengan pisau pemotong daging


Seorang ibu tergamak melibas tiga anaknya berusia 10, 12 dan 15 tahun dengan pisau pemotong daging kerana berang barang kemas miliknya hilang, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 7 malam semalam di sebuah pangsapuri Putatan, Penampang, Sabah, tiga beradik berkenaan cedera di tangan, manakala seorang lagi adik mereka berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Harris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek meminta semua anaknya mencari barang kemas berupa cincin dan seutas gelang tangan yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu. 

"Selepas gagal menemui semua barang kemas itu, suspek dikatakan marah lalu memukul dan mengugut mahu membunuh semua anaknya. Suspek kemudian bertindak di luar kawalan apabila mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas ke arah empat anaknya dengan tujuan supaya anaknya mengaku," katanya. 

Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa cedera terkena libasan di bahagian tangan dan bertindak melarikan diri untuk mendapatkan bantuan jiran sebelum dibawa ke Klinik 1Malaysia Taman Ketiau untuk mendapatkan rawatan. 

Foto Hiasan
"Susulan itu, polis menahan suspek berusia 34 tahun di rumahnya pada jam 10 malam tadi. Polis juga turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan ketika kejadian itu," katanya. 

Difahamkan, suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. 


from The Reporter http://ift.tt/2D9zmNv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rbs1M2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...