Jelas beliau, kaedah ini telah lama wujud dan contoh terbaiknya adalah Donald J. Trump yang menggunakan kaedah yang sama untuk memenangi hati pengundi sehingga beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Untuk penjelasan yang lanjut, baca dan hadam penjelasan Dr Azizul. Semoga bermanfaat.
Ada banyak tokoh yang kita jumpa hari ini membina publisiti bertujuan bagi dibenci, bukan disayangi. Apakah Dato Sri Vida tidak tahu gaya gedik dan menyandar dalam lift di video klipnya kelihatan fulgar, mengoda, gedik dan dibuat buat supaya orang suka?
Apakah Dato Aliff tidak sedar gabungannya dengan Sajat bakal mengundang kemarahan netizen hingga halkum sajat kelihatan jelas dalam video klip lagu Abang Nak Tegur?
Apakah Safie Ilias tidak tahu bahawa orang Malaysia ini sangat sensitif dalam bab agama (begitu juga taksub berpolitik) sehingga sanggup mempamerkan pemilihan silikon teteknya di media sosial?
Apakah Donald Trump tidak sedar bahawa dengan keceluparannya dan penghinaan terhadap Islam menjadikan ia berjaya menang pilihanraya Presiden?
Mereka semua sedar sebenarnya kawan. Hari ini, kaedah pemasaran songsang ini sedang berkembang. Jangan ingat mereka ini semua tidak bijak, saya kira mereka semua ada penasihat imej, bahasa tubuh dan personaliti yang baik. Mereka rangka ini secara sistematik dan berstategik kawan.
Semakin dibenci, semakin baik kaedah pemasaran hari ini. Bagi semua orang ini bagaikan satu pakatan, bila mereka berada di puncak, mereka bukan lagi perlu disayangi. Tetapi dibenci, semakin kita benci semakin terkenal dan lama mereka berada di singgah sana. Itu formulanya
Amalan membina kontroversi bagi menjadi ramai pengikut, viral dan dikenali telah lama dipelopori di barat. Pada tahun 2012, video "Charlie Bit My Finger" yang ditonton lebih 800 juta tontonan menjana pendapatan lebih dari RM545,268.74, menurut The Gurdian.
Budaya viral ini semakin menjadi. Jika kita masih ingat kisah King Coco yang 'Lot of Mix'. Dia menjana pendapatan lumayan hingga puluhan ribu hasil 'Mix' itu katanya.
Kita selalu nak tanya khabar mereka ini. "Safie dah ada tetek baru belum"? Maka kita menjenguk instagram dan video mereka.
"Tapi saya langsung tak like, unlike, share dan komen video dia."
Dik, hari ini apa sahaja yang kita lakukan di media sosial boleh dilacak dan direkodkan. Archive di internet boleh rekod berapa kali tulisan kita padam, berapa lama kita tonton pornografi, siapa kita kutuk semua ada rekod lengkap. Jangan kutuk sesiapa di alam maya, mereka tetap ada rekod walau kita dah padam dan letupkan komputer kita.
Mari kita mulakan tahun baru ini dengan kurangkan rasa saling benci membenci sesama kita. Semakin kita benci semakin hati kita tertanya tanya khabarnya. Kita selalu dengar kisah lelaki yang paling dibenci akhirnya jadi suami yang kita paling sayangi.
Formula ini juga digunakan oleh ahli politik hari ini. Semakin dibenci, semakin menang pilihanraya. Hari ini lagu Dato Boy Iman baru dilancarkan, mari kita layan dengan penuh kasih sayang kawan.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Mari kita mulakan tahun baru ini dengan kurangkan rasa saling benci membenci sesama kita. Semakin kita benci semakin hati kita tertanya tanya khabarnya. Kita selalu dengar kisah lelaki yang paling dibenci akhirnya jadi suami yang kita paling sayangi.
Formula ini juga digunakan oleh ahli politik hari ini. Semakin dibenci, semakin menang pilihanraya. Hari ini lagu Dato Boy Iman baru dilancarkan, mari kita layan dengan penuh kasih sayang kawan.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
from The Reporter http://ift.tt/2mwjbTv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DdmN84
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment