loading...

Tuesday, 2 January 2018

'Tiba-tiba powerbank meletup dan terbakar'


Bagi mereka yang gemar menggunakan powerbank, anda mungkin perlu berhati-hati. Baru-baru ini seorang wanita nyaris cedera disebabkan oleh powerbank yang dibelinya dari sebuah laman jualan popular, meletup dan terbakar secara tiba-tiba. 

Namun, wanita itu bernasib baik kerana dia terdengar dan terhidu bau alat berkenaan terbakar sebelum meletup sehingga merosakkan tilam di dalam biliknya itu.

ASSALAMUALAIKUM dan salam maghrib. Sambil nak counting new year ini, saya nak kongsi satu cerita yang terjadi pada saya pagi tadi, jam lebih kurang 3.50 pagi. Semoga apa yang terjadi pada saya ini boleh dijadikan sebagai peringatan untuk semua. 

Pada yang mengenali saya, mereka tahu yang powerbank itu adalah my bestfriend. Saya ini jenis yang ke sana sini kena ada powerbank. Tetapi selepas apa yang berlaku pagi tadi, I will saya big NO to powerbank.

Ada hikmah saya tidak dapat tidur malam tadi. Semasa saya cas powerbank dan letak di atas tilam sebelah bantal saya baring, ketika saya cuba untuk tidur, tiba-tiba ada bau hangit dan bunyi letupan di sebelah pipi kiri saya. Saya terus bangun dan melompat dari katil selepas mendapati powerbank saya dah mula meletup dan mengeluarkan api. 

Saya tak tahu nak buat apa, terus ketuk bilik kakak, tetapi dia tak respon. Saya lari balik masuk ke bilik dan tengok api menjadi semakin besar pula. Saya dah menggelabah gile, lari dan ketuk bilik mak abah pula. Mak abah keluar, saya terus beritahu yang powerbank saya terbakar. 

Kemudian abah suruh ambil kain basah dan tutupkan atas powerbank itu. Selepas beberapa minit, tengok api dah tak ada, abah cuba nak ambil powerbank itu untuk dibuang. Tetapi secara tiba-tiba powerbank itu meletup sekali lagi dan nasib baik abah sempat mengelak dari terkena percikan api dari powerbank tersebut.

Saya ambil lagi kain basah yang lain dan tutup powerbank itu lagi. Selepas yakin tiada lagi letupan/percikan, terus ambil penyodok untuk buang powerbank itu. Alhamdulillah nothing happened to me. Cuma tilam saja yang berlubang. Sehingga sekarang saya masih rasa berdebar-debar lagi. 







Sebelum ini saya menggunakan powerbank Xiaomi yang dibeli dari laman web Xiaomi dan hanya digunakan selama dua tahun sebelum rosak. Jadi, saya beli powerbank jenama Pineng dari Lazada ketika ada jualan murah tempoh hari. Jenama yang Pineng inilah yang terbakar. 

Nak kata overcharge tak juga sebab saya baru saja charge powerbank itu. Cuma nak nasihatkan pada korang semua, tak perlulah guna powerbank atau kalau nak guna juga, tolong berhati-hati. Jangan letak powerbank itu dekat dengan barang-barang mudah terbakar. Kalau tidak, macam inilah jadinya. 

Saya saja kongsikan cerita ini, bukan untuk menakutkan orang tetapi untuk diri saya agar lebih berhati-hati dan mungkin anda semua juga perlu berhati-hati. 

p/s: siapa nak belanja tilam baru boleh pm.



from The Reporter http://ift.tt/2CI2Rqm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DTxEQj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...