Innalillahiwainnailaihirojiun. Seorang remaja perempuan mengalami pitam sebelum rebah dan meninggal dunia di sebuah pusat perniagaan di Bahau, semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa, Amiratul Hakimah Ismail, 18, dari Kampung Kasau, Batu Kikir, bersama seorang rakannya sedang mencari kerja pada jam 12.30 tengah hari.
Menurutnya, mangsa dan rakan dihantar oleh ibu bapanya ke pusat perniagaan berkenaan sebelum pasangan terbabit beredar ke pasar borong berhampiran untuk membeli barang keperluan.
"Mangsa mengadu kepada rakannya mahu pitam ketika mahu keluar dari pusat perniagaan itu, tiba-tiba rebah namun sempat dipangku rakannya itu.
"Rakan mangsa kemudian mengejutkannya dan apabila sedar, mangsa mengadu mahu muntah dan meminta untuk duduk di atas kerusi di hadapan premis. Ketika duduk, mangsa tercungap-cungap dan terus tidak sedarkan diri," katanya.
Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
from The Reporter http://ift.tt/2FeLONw
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2CRkEih
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment