loading...

Saturday, 6 January 2018

'Muka isteri tak glowing disuruh gonyoh dengan sabut mandi, ingat ketika ke?'


Isteri aku tak cantik

"Isk... makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie," kata si suami dalam hatinya. 

Handphone dibelek-belek membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang share gambar wanita-wanita cantik berserta kapsyen, "Selamat pagi abang-abang dalam group nie". Cair si suami melihatnya. Tidak kurang juga yang sering berkongsi info mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang dan anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu, anak saudara, mak saudara, sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok like gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat 'berinteraksi' kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.



Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.

"Kenapalah isteri aku tak cantik?" bisikan nakal di hati suami. 

"Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus jadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu, lemau saja. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sana sini, tak ada selera langsung dah. Dua minggu sekali itu pun sebab terdesak. 

"Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia, macam makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah bila tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap mata memandang. Kalaulah isteri sendiri macam itu." 

Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Isteri sendiri tak cantik, kenapa? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?

Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain, silap-silap foundation pun anda tak tahu apa.

Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan-jalan saja pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semua perempuan. Duduk rumah saja jaga anak, buat kerja-kerja rumah itu kan berpeluh? Anda ini bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazirlah, takut kena tipulah. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak ke membazir? 

"Nak cantik-cantik ini nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau," kata si suami memberi alasan, kemudian  nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..

Makeup pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli di Guardian atau Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup itu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz...

Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara-perkara pelik itu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.

Rasa tercabar, kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.

Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.



from The Reporter http://ift.tt/2CNEzP8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AAuSgQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...