Viral di media sosial sejak semalam, dua gambar senarai delegasi saudara mara dan kenalan yang turut serta bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan penjelasan mengenai gambar-gambar viral itu.
Kehadiran beberapa ahli keluarga dan kenalan Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah di atas perbelanjaan sendiri bagi menunaikan ibadat umrah. Lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab SAudi Raja Salman Abdulaziz al-Saud.
"Ia bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.
"Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir, Datin Seri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu katanya, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadat umrah semasa lawatan kerja itu dan beliau mengajak ahli keluarga serta beberapa kenalan dalam lawatan itu bersamanya mengerjakan ibadat berkenaan.
“Adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.
“Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Seri Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
“Nama mereka ini dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadat umrah,” katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri dan ahli rombongan juga diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://ift.tt/2Ethf5j
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DdBxk7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment