loading...

Tuesday, 2 May 2017

Pengawal Keselamatan pukul & tanam kucing hidup-hidup


SEOUL, KOREA SELATAN - Seorang pengawal keselamatan berusia 30-an tergamak memukul dan menanam seekor kucing yang masih hidup tanpa diketahui puncanya, mencetuskan kemarahan netizen seluruh dunia. 

Video yang dimuat naik Yihansol pada 24 April lalu menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan telah menggali lubang di tempat kerjanya di Dongdaemun - gu, untuk menanam kucing berwarna kuning belang yang patah bahagian kaki kanan belakang, dipercayai dicederakan oleh lelaki itu.


Selesai menggali, lelaki itu kemudian mengangkat kucing itu dan meletakkannya dalam lubang tersebut sebelum menghentak kepalanya dengan penyodok menyebabkan haiwan itu pengsan. 

Di kesempatan itu, dia terus menimbus lubang tersebut dan dipijak-pijak dengan kakinya agar tanah di sekitar lubang itu mampat. 


Dalam video kedua pada sebelah malamnya pula, ada beberapa individu yang datang dan menggali semula 'kubur' kucing yang malang itu. 



Ekoran video viral itu, polis Dongdaemun menerima banyak aduan mengenai kejadian tersebut dan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit akan didakwa di bawah Akta Pelindungan Haiwan kerana telah menanam haiwan berkenaan tanpa mengira haiwan itu masih bernyawa.


Selain itu, Yihansol juga melancarkan petisyen yang menuntut pelakunya dikenakan tindakan tegas di atas perbuatannya membunuh kucing tersebut.  - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pSvL3x
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2p0OqoJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...