MUAR, JOHOR - Lain yang dipesan, lain pula yang dapat. Harapan Ayuni Salwani mahu memberikan kejutan kepada rakannya menjadi perkara yang memalukan apabila bouquet coklat yang dipesan dari seorang wanita, berbeza dengan apa yang dipinta dan tidak setanding dengan harga.
"Lain yang kita minta, lain yang kita dapat. Surprise birthday girl jadi hancur sebab semua ini. Saya bukannya suruh dia buat bouquet coklat harga RM10," tulis Ayuni di Facebooknya 10 Mei yang lalu.
Selain kecewa dengan hasil yang tidak serupa, layanan selepas penghantaran juga tidak memuaskan. Malah Ayuni mendakwa dia turut dimarahinya.
"Dia layan pelanggan macam apa. Nak marah-marah kita blaik dah satu hal. Bila minta tukar, dia pula suruh kita naik Parit Jawa. Layanan macam apa. Jangan ada sesiapa lagi yang tertipu dengan dia," tulisnya.
Susulan viral itu, wanita berkenaan terus menukar nama Facebooknya dan tidak berapa lama kemudian, akaun Facebooknya telah dipadamkan.
Berdasarkan gambar, Ayuni pada awalnya meminta wanita berkenaan membuat bouquet coklat itu mengikut gambar yang diberi mengandungi coklat Cloud 9, Moro, Kit Kat, Milo, Cadbury Dairy Milk, Crunch, Oreo, Crispy dan beberapa lagi jenama coklat yang lain.
Bagaimanapun, bouquet yang diterima amat jauh berbeza di mana rakan Ayuni hanya menerima bouquet coklat yang 'murah', tidak setanding dengan harga. Antaranya, Cadbury Zip, Crunch, Top, Boro, Mini Oreo, Kit Kat berserta dengan bouquet yang tidak setanding dengan harga.
Sementara itu, netizen juga mengkritik tindakan wanita berkenaan yang dianggap menganiaya pelanggannya, malah menganggap hasil bouquet yang dibuat wanita itu tidak setanding dengan harga. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2qbQrCM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qCf2l9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment