loading...

Thursday 15 October 2020

Salah seorang suspek ada rekod jenayah lampau berkaitan dadah

Dua anggota polis cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika menjalankan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di sebuah kedai di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.


Kedua-dua anggota berkenaan adalah Inspektor N Indra Nahu, 33, mengalami luka di muka kerana ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, patah jari tangan kanan.


Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, anggota polis berkenaan sedang menjalankan operasi bersama Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memantau kepatuhan orang ramai terhadap SOP.


Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pasukan penguat kuasa, mereka diserang sekumpulan lelaki sehingga berlaku pergelutan.


"Polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai. Seorang daripada penyerang yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang anggota terbabit di Kampung Perupok, di sini, hari ini.


Menurut beliau, mereka direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anggota polis serta menghalang tugas penjawat awam.


Sumber: Bernama


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3k4fiSh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dycJoR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...