loading...

Saturday, 17 October 2020

'Honda Civic hampir terbelah 2 langgar tiang papan tanda' - 2 maut, 3 parah selepas kereta terbabas

Dua beranak maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pada tengah hari tadi di KM 78 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran susur masuk tol Ayer Hitam. 


Menurut laporan Harian Metro, kemalangan itu berlaku pada jam 12 tengah hari Sabtu (17/10/2020) yang membabitkan sebuah kereta Honda Civic terbabas lalu merempuh papan tanda arah di tepi bahagian kiri lebuh raya.


Tujuh anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dikerahkan ke tempat kejadian. 


Mangsa, Abd Razak Mohd Mahudin, 50, yang berada di tempat duduk bahagian penumpang hadapan dan anaknya, Mohd Amirudin Abd Razak, 19, di tempat duduk bahagian kanan penumpang belakang maut di tempat kejadian. 


Pemandu yang juga anak kepada mangsa yang maut, Mohd Hamizan Abd Razak, 27, Nurul Nahirah Abd Razak, 21, dan isteri mangsa, Rahimah Yaman, 49, berada di tempat duduk bahagian penumpang kiri mengalami kecederaan parah. 


Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan.



from The Reporter https://ift.tt/3j9rdwN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2T2gwl3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...