loading...

Friday, 16 October 2020

'Dihimpit sehingga terbabas' - Pekerja TNB maut ketika hantar penyata elektrik

Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar penyata elektrik, semalam.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.25 tengah hari Jumaat (16/10/2020), mangsa, Syamsul Mohd. Salim, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepalanya. 


Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dalam perjalanan dari arah bandar menghala ke One Krubong. 


Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dihimpit sebuah kenderaan lain secara tiba-tiba yang menyebabkan mangsa terbabas ke tengah pembahagi jalan. 


Mangsa disahkan maut dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sementara itu di media sosial, beberapa kenalan mangsa memaklumkan, jenazah Allahyarham Syamsul telah selamat dikebumikan pada jam 8 malam tadi.


Pemergian mangsa meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang masih kecil. 


Sumber: Kosmo Online, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3575Y9L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FBqN4F
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...